awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Hungary lulus bidaan Finland sertai NATO

Bernama
Bernama
28/03/2023
06:19 MYT
Parlimen Hungary lulus bidaan Finland sertai NATO
Finland hanya menanti kelulusan Turkiye untuk menjadi ahli. -Gambar hiasan
BUDAPEST: Parlimen Hungary pada Isnin meluluskan bidaan Finland untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Hungary meluluskan permintaan negara Nordic itu untuk menyertai pakatan tentera, dengan 182 undi menyokong manakala enam menentang.
Undian pada Isnin itu menyaksikan 29 daripada 30 anggota NATO telah mengesahkan penyertaan Finland.
Finland hanya menanti kelulusan Turkiye untuk menjadi ahli, lapor Agensi Anadolu.
Finland dan Sweden secara rasmi memohon untuk menyertai NATO Mei lalu.
Bagaimanapun Turkiye, meminta kedua-dua negara Nordic itu mengambil tindakan konkrit terhadap kumpulan pengganas seperti PKK dan Pertubuhan Pengganas Fetullah (FETO).
Pada Jun, Finland dan Sweden menandatangani memorandum dengan Turkiye untuk menangani kebimbangan keselamatan Ankara.
Diplomat kanan dan pegawai dari tiga negara itu mengadakan pelbagai mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan perjanjian tiga hala berkenaan.
Sweden meluluskan undang-undang antikeganasan pada November lalu, dengan harapan Ankara akan meluluskan bidaan Stockholm untuk menyertai NATO.
Undang-undang baharu itu, yang akan dikuat kuasa pada 1 Jun, akan membenarkan pihak berkuasa Sweden mendakwa individu yang menyokong organisasi pengganas.
Awal bulan ini, Turkiye memaklumkan ia akan meluluskan proses protokol keahlian Finland di parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NATO
#Parlimen Hungary
#Finland
#Sweden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan