awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ia memalukan! - Neymar bidas keputusan penalti pengadil

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2019
02:19 MYT
Ia memalukan! - Neymar bidas keputusan penalti pengadil
Neymar mengkritik keputusan pengadil dalam laman Instagramnya. - Gambar fail
PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, berang dengan sepakan penalti lewat permainan yang diberikan kepada Manchester United ketika pasukannya tewas 1-3 dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Parc Des Princess, awal pagi tadi.
Marcus Rashford menyempurnakan jaringan penalti pada minit ke-94 untuk memastikan kemenangan United di Paris untuk mara ke suku akhir hasil kelebihan gol laman lawan selepas keputusan agregat terikat 3-3.
Presnel Kimpembe didapati menggunakan tangan dalam kawasan penalti yang memaksa pengadil perlawanan menggunakan video bantuan pengadil (VAR) sebelum memberikan sepakan penalti buat United.
Neymar, yang diketepikan dalam perlawanan berkenaan ekoran kecederaan kaki, mengkritik keputusan itu dalam laman Instagramnya selepas perlawanan tersebut.
"Ia memalukan!" tulisnya dalam Instagram Stories.
"Mereka meletakkan empat orang yang tidak memahami bola sepak untuk melihat ulang tayang secara perlahan-lahan.
"Ia tidak wujud!
"Macam mana ia boleh terjadi ketika dia meletakkan tangannya di belakang?"
Jaringan berganda Romelu Lukaku dalam babak pertama membuka peluang buat United, yang menjadi pasukan pertama berjaya bangkit selepas ketinggalan dua gol di laman sendiri dalam perlawanan pertama, sebelum Rashford memastikan kemaraan The Red Devils ke suku akhir.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Instagram
#Liga Juara-Juara Eropah
#Manchester United
#Neymar
#Paris Saint-Germain
#Presnel Kimpembe
#PSG
#sepakan penalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan