KUALA LUMPUR: Ramadan di Malaysia, setiap tahun dimeriahkan dengan kemunculan pelbagai jenis makanan yang dijual di Bazar Ramadan di seluruh negara.
Besar sungguh nikmatnya kehidupan di negara yang bebas dari ancaman perang, sesuatu yang tidak dirasai jutaan penduduk di Palestin ketika ini.
Krisis makanan di sana semakin membarah dan meskipun bantuan kemanusiaan sudah mula masuk, namun, ia masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat di sana.
Mereka kini makan hanya untuk hidup, menyambung nafas dari hari ke hari di sebalik hidup yang penuh ketidaktentuan, entah esok hidup atau tidak.
Lebih menyayat hati, makanan yang selama ini langsung tidak sesuai untuk dimakan turut dimasukkan ke dalam perut mereka, demi kelangsungan hidup.
Sebelum ini ramai sedih apabila mereka terpaksa makan rumput dan makanan haiwan namun kisah diceritakan Pengarah Misi Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM), Nik Marina Hussin lebih menyayat hati.
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan ‘wax’, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Menurutnya, dalam ‘wax’ itu ada gula dan gula itulah dimakan mereka untuk sekurang-kurangnya memberi tenaga, membuka mata dan bernafas untuk sehari lagi.
“Jadi dia akan cairkan wax itu dan bagi anak dia makan gula daripada situ. Air gula, yang bercampur dengan bahan kimia.
“Jadi, saya rasa ini memang meruntun hati semua orang. Bayangkan, sampai ke tahap itu kita berikan makanan kepada anak kita. Seperti kita tahu sebelum ini ada yang mula makan rumput, ada juga yang mula makan makanan haiwan.
“Siap ada yang makan makanan keldai tapi bila anda dengar cerita makan wax, itu rasa terdesak yang mereka lalui?
“Maksud saya, jika anda boleh tidur sekarang selepas mengetahui perkara ini, tidur tanpa membantu mereka, saya tak tahu anda manusia jenis apa,” katanya.
Nik Marina berkata, dia mengetahui kisah sedih itu daripada wakil kedutaan Jordan ketika pasukannya sedang membantu membungkus pek makanan untuk dihantar ke Palestin.
Dalam pek makanan itu ada beras, keju, tuna, kekacang dan pelbagai makanan lain namun apabila ditanya makanan apa paling diperlukan rakyat di sana, wakil kedutaan tersebut menjawab: “Gula.”
Jawapan itu mengejutkan mereka pada mulanya namun selepas tahu kisah di sebaliknya, ia ibarat sembilu yang terus menyucuk di hati, pedih sungguh rasanya mengenangkan nasib mereka.
Bagi Nik Marina, kisah seperti itulah membuatkan pasukannya di KHOM bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat yang tertindas di sana.
Jika sebelum ini bantuan banyak disampaikan melalui daratan, bantuan melalui udara yang mula memasuki Palestin merupakan tumpuan KHOM buat masa ini.
Menurutnya, ramai yang ingin membantu, menyampaikan bantuan melalui udara dan ia tidaklah mustahil, asalkan kena pada caranya dan yang paling penting, berhubung dengan Jordan Hashemite Charity Organisation (JHCO).
Mereka yang akan menyerahkan segala permohonan kepada pihak tentera dan semua gerakan itu disokong oleh keduataan dan kerajaan Jordan.
Begitupun, Nik Marina berkata, KHOM amat berterima kasih dengan penderma yang selama ini bersama mereka kerana tanpa penderma, mustahil mereka dapat terus bergerak membantu rakyat Palestin.
“Malah kami pun dari KHOM, tiada cara lain untuk kami berfungsi dan lakukan ini tanpa sokongan daripada penderma kita, tanpa bantuan daripada penderma Malaysia.
“Ia hanya boleh dilaksanakan disebabkan perpaduan untuk membantu penduduk di Gaza. Jadi apabila berlaku, apabila kita mulakan kerja untuk Gaza ini, ia mengambil masa 15 minit ke 30 minit untuk barang bantuan itu sampai.
“Operasi membungkus pek itu tolak ke tepi tapi kita cakap berkaitan sudah pek kemudian naik ke kapal terbang. Memang kita terkejut... memang laju. Itu bermakna penghantaran pantas,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI disiarkan Astro AWANI pada Selasa.
Bagi yang ingin menyalurkan bantuan, anda boleh terus melayari laman web rasmi KHOM atau ke media sosial gerakan itu dan cara untuk menderma ada dipaparkan di sana.
Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka.
Ridauddin Daud
Tue Mar 19 2024
Krisis makanan di sana semakin membarah dan meskipun bantuan kemanusiaan sudah mula masuk namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Palestin. - Gambar fail AP
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Pesawah hadapi 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri
Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri berkenaan.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
United berisiko ditendang daripada saingan Liga Europa
Manchester United berada dalam bahaya disingkirkan daripada saingan Liga Europa dan hanya boleh beraksi di Liga Persidangan Europa.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
[TERKINI] Polis siasat pengawal peribadi 'diraja' disyaki pukul pemandu e-hailing
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Jemaah haji kumpul pahala melalui penyertaan bersama Sahabat Maktab
Pasangan suami isteri muda dan tiga beradik berusia antara 15 hingga 23 tahun gigih mahu membantu jemaah haji lain dengan menyertai Sahabat Maktab dan menganggap beri bantuan kepada jemaah lain adalah lubuk mengumpul pahala di Tanah Suci.
Serangan Israel: Hampir sejuta orang larikan diri dari Rafah sejak 3 minggu lalu
UNRWA berkata penduduk beramai-ramai meninggalkan Rafah walaupun "tiada tempat yang selamat untuk pergi dan di tengah-tengah pengeboman, kekurangan makanan dan air".
'Israel tidak tahu malu' - Pemimpin kanan Hamas
Dakwaan yang dibuat rejim terkutuk itu mengenai lelaki bersenjata yang kononnya berada di lokasi serangan di Rafah adalah "tidak tahu malu".
Malaysia kecam serangan berterusan dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza
Israel telah menyerang beberapa kem perlindungan Palestin di Tal as-Sultan, Jabalia, Nuseirat dan Bandaraya Gaza dan membunuh hampir 200 orang awam dalam tempoh 24 jam lepas.
Israel sahkan serangan di Rafah, dakwa sasaran di lokasi penempatan Hamas
Israel memaklumkan sedang menyemak semula kejadian itu susulan laporan bahawa serangan menyebabkan kebakaran dan penduduk awam tercedera.
Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.
Jumlah kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 35,984
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 35,984 orang.
Malaysia sambut baik keputusan ICJ arah Israel hentikan segera serangan di Rafah
Malaysia mengalu-alukan langkah sementara tambahan berkenaan permohonan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza.
ICJ arahkan Israel henti serangan serta-merta di Rafah
Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengarahkan Israel menghentikan serangan tenteranya di Rafah dengan serta-merta
ICJ putuskan permohonan gencatan senjata Gaza oleh Afrika Selatan Sabtu ini
Afrika Selatan mahu mahkamah mengarahkan Israel untuk "segera" menghentikan semua operasi ketenteraan di Gaza, termasuk di bandar Rafah.
Iktiraf Palestin, umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu
Netanyahu berkata, tindakan Ireland, Norway dan Sepanyol mengiktiraf Palestin tidak akan menghalang Israel memenangi perang di Gaza.