SEORANG wanita dijatuhi hukuman penjara 30 tahun selepas dipercayai membunuh bayi lelakinya berusia 17 bulan di South Carolina.

Wanita yang dikenali sebagai Kimberly Martines, 25 didakwa telah meracun bayi malang itu dengan menyuapkannya garam secara berlebihan.

Martines memberitahu pegawai penyiasat bahawa Peyton dan anak kembarnya berada di dalam beg serta ditinggalkan secara tidak sengaja.

Bagaimanapun, anak lelakinya berusia 4 tahun memberikan bukti bahawa dia melihat ibunya menyuap satu sudu penuh garam.

Pasukan keselamatan kemudian menjumpai beg itu yang diletakkan di bawah sofa.

Martines ditahan selepas membawa Peyton ke Pusat Perubatan Regional Spartanburg.

Tindakan menyuapkan garam secara berlebihan itu menyebabkan otak bayi malang tersebut terhenti dan selepas bergantung kepada mesin pernafasan, Peyton dilaporkan mati.

Martines kemudian memberitahu polis bahawa dia sedang cuba menawan semula suaminya selepas kedua-dua mereka berpisah.

Ditanya kenapa dia meracun Peyton, ibu kejam itu menjelaskan, dia memilih mana-mana anak yang berhampiran dengannya.