awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICRC gantung sementara operasi di Bandar Gaza di tengah peningkatan pertempuran

Bernama
Bernama
01/10/2025
13:17 MYT
ICRC gantung sementara operasi di Bandar Gaza di tengah peningkatan pertempuran
Langkah itu diambil ketika puluhan ribu penduduk yang masih berada di Bandar Gaza berdepan keadaan kemanusiaan yang semakin meruncing. - X ICRC
GENEVA: Palang Merah pada Rabu mengumumkan ia telah menggantung sementara operasi di Bandar Gaza dan memindahkan kakitangannya ke pejabat di selatan Gaza berikutan operasi ketenteraan yang semakin memuncak, lapor Anadolu Ajansi.
"Peningkatan operasi ketenteraan di Bandar Gaza memaksa Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menggantung sementara operasi di pejabat Bandar Gaza dan memindahkan kakitangan ke pejabat ICRC di selatan Gaza bagi memastikan keselamatan kakitangan dan kesinambungan operasi," menurut kenyataan organisasi itu.
Langkah itu diambil ketika puluhan ribu penduduk yang masih berada di Bandar Gaza berdepan keadaan kemanusiaan yang semakin meruncing.
ICRC berkata ia akan terus menyokong orang awam di Bandar Gaza "apabila keadaan mengizinkan" dari pejabatnya di Deir al-Balah dan Rafah, yang masih beroperasi sepenuhnya. Ini termasuk sumbangan perubatan kepada beberapa fasiliti kesihatan yang masih berfungsi serta usaha memudahkan pergerakan pasukan penyelamat. Di Rafah, hospital medan Palang Merah "akan terus menjadi talian hayat bagi ramai pesakit yang cedera parah."
Sepanjang dua minggu lalu, ICRC membekalkan bahan perubatan menyelamatkan nyawa ke hospital di Bandar Gaza, menyokong kedai roti di 14 kem pelarian yang menghasilkan 45,000 buku roti setiap hari, serta menyediakan tangki air, perkhidmatan trak dan kerja pembaikan rangkaian air serta kumbahan, menurut kenyataan itu.
"Nyawa masih boleh diselamatkan hari ini. Penghentian pertempuran adalah sangat mendesak dan penting," tegas ICRC sambil menyeru perlindungan orang awam dan akses bantuan kemanusiaan yang "pantas serta tanpa halangan."
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Palang Merah
#Gaza
#gantung operasi
#Palestin
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan