Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini berkesempatan makan di sebuah restoran sushi tersohor di Tokyo, restoran yang dianugerahkan tiga bintang Michelin tetapi amat terhad jumlah meja untuk pelanggannya.
Restoran itu diusahakan oleh pemilik lagendanya Jiro Ono, 88 tahun, yang terkenal kerana mementingkan kualiti dan budaya kerja yang tinggi.
Obama yang mendapat jolokan lelaki paling berkuasa di dunia menghadiri makan malam di situ hasil jemputan perdana menteri Jepun, Shinzo Abe.
Malangnya, Obama tidak ada menu masakan untuk beliau pilih, kerana Jiro sendiri akan memilih hidangan paling sesuai untuk pelanggannya, jauh sekali dari menerima arahan dari mereka.
Restoran yang dinamakan Sukiyabashi Jiro hanya mempunyai 24 kerusi, terletak di ruang bawah tanah sebuah bangunan komersil yang dihubungkan dengan stesen keretapi bawah tanah.
Namun keadaannya itu tidak sedikit pun menjauhkannya dari pelanggan, malah ia mengambil masa berbulan-bulan untuk mereka membuat tempahan.
Obama tidak berlengah untuk ke restoran itu sejurus menjejakkan kaki di Tokyo, lokasi pertama jelajahnya di Asia.
Turut mengiringi beliau, Duta Besar Amerika Syarikat ke Jepun Caroline Kennedy dan penasihat keselamatan negara, Susan Rice.
Michelin memuji restoran itu dengan antara lain mengatakan ia restoran berkualiti yang dicari pelanggan dengan pilihan perabotnya yang menepati suasana. Ia juga menepati semangat majlis minum teh yang menjadi budaya di Jepun.
Jiro Ono, pula dikatakan menyediakan sushi paling sempurna dengan gerak tangan kirinya yang jelas melambangkan kepakaran seseorang yang tinggi ilmunya.
Kesempurnaan Jiro juga menjadi ilham sebuah filem dokumentari bertajuk “Jiro Dreams od Sushi”.
Dokumentari antara lain memaparkan bagaimana Jiro mengunjungi pasar Tsukiji yang terkenal di tengah bandar Tokyo, setiap pagi mencari bahan hanya dari peniaga yang dipercayainya. Hanya yang terbaik akan dipilih.
Satu set hidangan sushi mengandungi 20 hidangan sushi berharga 30, 000 yen (RM1,000).
Antara pelanggan Jiro adalah chef terkenal, Joel Robuchon dan bintang Hollywood Hugh Jackman serta Anne Hathaway.
Makan malam itu diadakan ketika kedua-dua pemimpin negara ekonomi terbesar dunia itu mengadakan perbincangan berkaitan perdagangan. Antara yang dikatakan sukar untuk dimuktamatkan adalah berkaitan barangan pertanian dan produk auto.
Agensi
Wed Apr 23 2014
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama (kiri) dan perdana menteri Jepun Shinzo Abe
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Barack Obama, isteri sokong Kamala Harris dalam saingan Presiden AS
Obama berkata beliau dan isteri, Michelle menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris dalam perlumbaan presiden November ini.
Obama ucap terima kasih kepada Biden, tidak sahkan sokongan terhadap Harris
Obama berkata, Biden merupakan salah seorang Presiden Amerika yang paling penting serta menjadi kawan dan rakan kongsi yang dikasihi.
Obama, Pelosi mahu Biden pertimbang undur diri daripada pilihan raya AS
Pelosi turut mengemukakan tinjauan pendapat yang menunjukkan Biden tidak akan mampu menewaskan calon Republikan, Donald Trump.
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.
Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.
Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.