NEW DELHI: India pada Ahad meratapi kematian penyanyi legenda Bollywood, Lata Mangeshkar yang menawan hati pencinta muzik generasi demi generasi tanpa mengira usia.
Mangeshkar meninggal dunia di Mumbai selepas beliau dimasukkan ke hospital bulan lalu kerana dijangkiti COVID-19.
Penyanyi latar legenda berusia 92 tahun itu merupakan pendukung utama lagu-lagu dalam filem India, merakam ribuan lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk Hindi, bahasa ibundanya Marathi dan Benggali, dalam kerjayanya yang menjangkau tujuh dekad.
Mangeshkar terkenal kerana fleksibilitinya dalam nyanyian dan menerima penghormatan sebagai "Ratu Melodi" India.
"Saya kehilangan kata-kata. Lata Didi yang baik hati dan penyayang telah meninggalkan kita. Kehilangan beliau, tiada ganti buat negara kita," kata Perdana Menteri India Narendra Modi dalam ucapan takziahnya.
"Generasi akan datang akan mengingatinya sebagai seorang yang setia kepada budaya India, suara merdunya yang tiada tandingan telah memukau orang ramai," katanya.
Kesihatan Mangeshkar telah merosot dan beliau bergantung kepada bantuan ventilator di Hospital Breach Candy, menurut laporan.
Beliau menjalani "terapi agresif", kata doktor Pratit Samdani dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Merupakan anak sulung daripada lima beradik, Mageshkar dilahirkan di Indore di tengah India, pada 1929 dan kemudian berpindah ke Mumbai (dikenali sebagai Bombay) ketika remaja.
Beliau belajar muzik klasik sejak kecil daripada bapanya dan kemudian berguru dengan tokoh-tokoh dunia muzik seperti Ustad Aman Ali Khan Bhendibazarwale dan Ustad Amanat Khan Devaswale.
Perjalanan karier dalam nyanyian filem bermula selepas beliau mula bekerja dengan Ghulam Haidar, pengarah muzik terkemuka pada zaman itu.
Beliau mula menonjol dalam bidang nyanyian khasnya melalui filem 1948 "Majboor" dan kejayaan dalam filem itu membuahkan hasil untuk lagu-lagu berikutnya.
Mangeshkar menyumbang suaranya kepada lagu-lagu kebaktian, romantis dan patriotik yang tidak terkira banyaknya dan menjadi popular melalui rangkaian radio dan televisyen nasional India.
Kemajuan dalam teknik penghasilan filem dan muzik serta Internet terus membawa kemasyhuran buat dirinya ketika beliau turut menyaksikan peralihan generasi demi generasi di Bollywood.
Adiknya Asha Bhosle yang berusia 88 tahun juga merupakan penyanyi latar terkenal.
Mangeshkar menerima beberapa anugerah kebangsaan terkenal di negara itu, termasuk penghormatan awam tertinggi Bharat Ratna pada tahun 2001.
Beliau menetap di kawasan Pedder Road, kejiranan yang kaya di Mumbai, ibu kota Maharashtra dan hab pembikinan filem India dan pemergiannya amat dirasai di situ.
"Patah hati, tetapi bersyukur kerana pernah mengenali dan mencintai jiwa yang luar biasa ini," tulis pelakon filem Anil Kapoor dalam ciapan tweetnya.
Ketua Menteri Maharashtra, Uddhav Thackeray menyifatkan kematiannya sebagai pengakhiran satu era.
Mangeshkar akan diberikan penghormatan pengebumian negara. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 06 2022
Kematian Lata Mangeshkar mendapat liputan meluas media antarabangsa memandangkan mendiang merupakan penghibur tersohor India yang telah banyak menyumbang jasa. - Gambar AP
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
PM Pakistan, selebriti beri penghormatan terakhir buat Lata Mangeshkar
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan, ahli politik dan selebriti memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi latar Bollywood Lata Mangeshkar.
Shah Rukh Khan, Modi antara yang hadir pengebumian Lata Mangeshkar
Mereka antara lain dilihat bertafakur dan meletakkan kalungan bunga pada Istiadat Pengebumian Negara di Shivaji Park di Mumbai, pukul 6.30 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).
India berduka kehilangan 'Ratu Melodi' Lata Mangeshkar
India meratapi kematian Lata Mangeshkar yang menawan hati pencinta muzik generasi demi generasi tanpa mengira usia.
Lata Mangeshkar meninggal dunia, India berkabung dua hari, bendera dikibar separuh tiang
Penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar meninggal dunia di Mumbai hari ini, kata Perdana Menteri, Narendra Modi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lata Mangeshkar dikejarkan ke ICU selepas dijangkiti COVID-19
Penyanyi berusia 92 tahun itu pada mulanya hanya mengalami simptom ringan namun diletakkan untuk pemantauan rapi ekoran usianya.
Lagu Hindustan yang pasti menggamit memori!
Sebutkan saja tajuk-tajuk filem seperti Kuch-Kuch Hota Hai, Dilwale, Dil To Pagal Hai, Kabhi Khushi Kabhi Gham dan banyak lagi, pasti ramai yang tahu.