awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India: Korban akibat bumbung telaga roboh meningkat kepada 35 orang

Bernama
Bernama
31/03/2023
10:51 MYT
India: Korban akibat bumbung telaga roboh meningkat kepada 35 orang
Kejadian di Kuil Beleshwar Mahadev Jhulelal di Indore, berlaku ketika ramai penganut Hindu berhimpun bagi menyambut upacara keagamaan. - Gambar AP
ANKARA: Angka korban tragedi bumbung telaga bertingkat roboh di sebuah kuil di Madhya Pradesh, India, meningkat kepada 35, kata pegawai kanan pada Jumaat.
Kejadian di Kuil Beleshwar Mahadev Jhulelal di Indore, berlaku ketika ramai penganut Hindu berhimpun bagi menyambut upacara keagamaan.
"Angka korban meningkat kepada 35. Seorang lagi masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan," kata pegawai kanan Indore, Dr Llayaraja T kepada Anadolu.
Sebelum ini, Ilayaraja memberitahu pemberita, Pasukan Bantuan Kecemasan Bencana Kebangsaan dan Negeri serta anggota tentera turut membantu operasi menyelamat.
Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan mengumumkan pampasan 500,000 rupee (US$6,082) untuk waris mangsa yang terkorban dan 50,000 rupee (US$608) kepada mereka yang cedera, menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri.
Perdana Menteri India, Narendra Modi turut merakamkan ucapan takzian menerusi twitter dan menyatakan beliau sudah bercakap dengan ketua menteri bagi mendapatkan laporan mengenai kejadian dan kerajaan negeri kini menerajui usaha mencari dan menyelamat.
"Doa kami bersama dengan mangsa dan keluarga mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka korban
#Twitter
#kuil
#upacara keagamaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan