Skip to main content

Dunia

India miliki 190 peledak nuklear - Badan Pemikir AS

81702630031_benderaindia.jpg
Menurut laporan itu, India dipercayai antara beberapa negara yang menghasilkan kedua-dua uranium diperkaya tinggi (HEU) dan plutonium gred senjata. - Gambar fail
Advertisement

HYDERABAD: India dianggarkan telah menghasilkan 190 peledak nuklear dan terus memodenkan senjata nuklearnya, menurut laporan badan pemikir Amerika Syarikat (AS), Federation of American Scientists (FAS).

Laporan bertajuk “India's Nuclear Weapons 2026” itu memaklumkan anggaran berkenaan berdasarkan analisis gabungan sumber terbuka termasuk data daripada sumber kerajaan dan bukan kerajaan, memandangkan kerajaan India tidak menerbitkan angka mengenai saiz simpanan senjata nuklearnya.

“Kami menganggarkan India mungkin telah menghasilkan plutonium gred ketenteraan yang mencukupi untuk menghasilkan antara 140 hingga 225 peledak nuklear dan mungkin telah menghasilkan sehingga 190 peledak.

“Dengan lebih banyak sistem persenjataan sedang dibangunkan, simpanan peledak negara itu berkemungkinan terus meningkat,” menurut laporan yang ditulis Pengarah Projek Maklumat Nuklear FAS Hans Kristensen bersama tiga lagi penulis.

Mereka berkata India dipercayai antara beberapa negara yang menghasilkan kedua-dua uranium diperkaya tinggi (HEU) dan plutonium gred senjata.

“India terus memodenkan senjata nuklearnya dan mengoperasikan triad nuklear yang masih dalam peringkat pembangunan. Kami menganggarkan India kini mengendalikan sembilan sistem berkeupayaan nuklear yang berbeza, iaitu dua pesawat, enam peluru berpandu balistik berasaskan darat dan satu peluru berpandu balistik berasaskan laut,” menurut laporan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement