India puji keberanian Malaysia laksana reformasi buruh

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata pujian itu disampaikan semasa kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B N Reddy di pejabatnya di Parlimen, hari ini. - Foto Facebook R Ramanan
KUALA LUMPUR: India memuji keberanian Malaysia dalam melaksanakan agenda reformasi buruh secara menyeluruh bagi memperkasakan pekerja, memperkukuh kesatuan sekerja serta memastikan hak pekerja yang adil merentasi wilayah dan sektor, termasuk ekonomi gig.
Ringkasan AI
- India memuji Malaysia atas keberaniannya melaksanakan reformasi buruh menyeluruh bagi memperkasakan pekerja dan memastikan hak pekerja yang adil.
- Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, menyatakan pujian itu diterima semasa kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India, B N Reddy, ke Malaysia.
- Pertemuan antara kedua negara bertujuan memperluas hubungan strategik dan memberi manfaat kepada Malaysia dan India.
"Pertemuan hampir sejam turut dimanfaatkan untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan India.
"Kedua-dua pihak menyatakan komitmen serta keinginan untuk memperluas hubungan strategik yang sedia terjalin," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Ramanan berkata beliau yakin pertemuan tersebut turut membuka peluang baharu yang lebih luas dalam memperkukuh hubungan Malaysia dan India, sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


