awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India siap sedia tangani banjir besar susulan gelombang haba

Bernama
Bernama
24/06/2024
09:16 MYT
India siap sedia tangani banjir besar susulan gelombang haba
Objektif strategi pengurusan bencana India tahun ini adalah "pendekatan sifar korban". - Gambar hiasan/ Reuters
NEW DELHI: India sedang mengambil langkah untuk mengurangkan kesan banjir yang dijangka berlaku selepas ketibaan musim monsun susulan gelombang haba teruk musim panas ini yang menyebabkan kehilangan nyawa.
Mesyuarat peringkat tinggi pada Ahad bagi meninjau kesiapsiagaan pengurusan banjir telah mengarahkan pembinaan segera 50 kolam besar di Timur Laut India untuk mengalihkan dan menyimpan air banjir dari Sungai Brahmaputra yang disifatkan 'sebesar lautan' dan merentasi kawasan itu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Sungai ini cenderung menyebabkan banjir apabila hujan lebat yang tidak dijangka berlaku.
Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah yang mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi berkenaan berkata kolam besar seperti itu boleh membantu dalam pengairan, mengembangkan pertanian dengan kos rendah dan menangani banjir.
Dengan bahaya yang semakin meningkat akibat perubahan iklim, mesyuarat itu turut meninjau fenomena yang semakin berkembang iaitu "banjir ledakan tasik glasier" yang berlaku di kawasan Himalaya akibat pencairan glasier disebabkan pemanasan global.
Shah berkata objektif strategi pengurusan bencana India tahun ini adalah "pendekatan sifar korban".
Satu kajian tahun lepas oleh kumpulan alam sekitar global terkemuka menyimpulkan bahawa 15 juta orang berisiko akibat banjir ledakan tasik glasier di Asia.
Pada mesyuarat itu, Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) menawarkan imej satelit canggihnya untuk agensi pengurusan banjir dan air India.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#India
#banjir besar
#gelombang haba
#persediaan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan