awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan

Bernama
Bernama
01/02/2025
20:30 MYT
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026. - Foto REUTERS
NEW DELHI: India mengumumkan beberapa langkah belanjawan termasuk pelaburan besar untuk melonjakkan sektor pertanian, pembuatan, infrastruktur dan tenaga nuklear bagi merancakkan pertumbuhan ekonominya.
Jumlah hasil negara bagi tahun kewangan 2025-26, tidak termasuk pinjaman, dianggarkan berjumlah 34.96 trilion rupee (AS$403 bilion), manakala perbelanjaan keseluruhan dijangka mencecah 50.65 trilion rupee (AS$584.56 bilion).
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, dengan defisit fiskal dianggarkan pada 4.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Ketika membentangkan belanjawan di Parlimen, Menteri Kewangan Nirmala Sitharaman mengumumkan pelbagai insentif termasuk pengurangan cukai pendapatan individu untuk melonjakkan permintaan pengguna dan pelaburan.
Beberapa rancangan pembangunan infrastruktur, termasuk pembinaan lapangan terbang baharu, tertumpu di negeri timur Bihar yang dijadual mengadakan pilihan raya dewan undangan negeri pada 2025.
India turut meningkatkan peruntukan perbelanjaan ketenteraan kepada 6.81 trilion rupee, peningkatan sebanyak 9.5 peratus berbanding tahun kewangan semasa.
Daripada jumlah itu, 1.8 trilion rupee atau 26.4 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan modal dalam usaha memodenkan angkatan tenteranya.
Sitharaman juga mengumumkan bahawa individu berpendapatan sehingga 1.2 juta rupee setahun tidak akan dikenakan cukai pendapatan, satu langkah yang dijangka menggembirakan golongan pekerja berpendapatan sederhana.
Beliau turut mengumumkan pembangunan sebuah loji urea baharu di Namrup, Assam, dengan kapasiti tahunan 1.27 juta tan bagi meningkatkan pengeluaran baja negara.
Setiap kementerian berkaitan infrastruktur akan menyediakan rangka kerja tiga tahun bagi projek yang boleh dilaksanakan menerusi kerjasama sektor awam-swasta bagi melonjakkan projek pembangunan, katanya .
Sebanyak 1.5 trilion rupee diperuntukkan untuk pinjaman tanpa faedah selama 50 tahun kepada negeri-negeri bagi perbelanjaan pembangunan modal dan insentif pembaharuan, selain dana 1 trilion rupee untuk membangunkan "bandar sebagai hab pertumbuhan".
Sebagai sebahagian daripada usaha keselamatan tenaga jangka panjang, India akan meningkatkan pelaburan dalam penjanaan tenaga nuklear.
"Pembangunan sekurang-kurangnya 100 GW tenaga nuklear menjelang 2047 adalah penting bagi usaha peralihan tenaga negara. Untuk menjalin kerjasama aktif dengan sektor swasta, pindaan terhadap Akta Tenaga Atom dan Akta Liabiliti Sivil bagi Kerosakan Nuklear akan dibentangkan," kata Sitharaman.
Beliau berkata kerajaan memperuntukkan 200 bilion rupee bagi membiayai inisiatif membangunkan reaktor modular kecil (SMR), dengan sekurang-kurangnya lima SMR yang dibangunkan secara tempatan dijangka beroperasi menjelang 2033.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Belanjawan
#pertumbuhan ekonomi
#tentera
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan