awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia catat ketibaan pelancong asing tertinggi sejak pandemik

Bernama
Bernama
01/07/2024
10:27 MYT
Indonesia catat ketibaan pelancong asing tertinggi sejak pandemik
Ketibaan pelancong dari Malaysia meningkat sebanyak 17.24 peratus secara bulanan, manakala secara tahunan, ia meningkat sebanyak 18.26 peratus. - Gambar hiasan/Astro AWANI
JAKARTA: Ketibaan pelancong asing ke Indonesia mencecah 5.2 juta dari Januari hingga Mei 2024, angka tertinggi yang direkodkan sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 2020, lapor agensi berita ANTARA yang memetik Statistik Indonesia.
"Jumlah keseluruhan ketibaan pelancong asing dalam lima bulan pertama 2024 adalah yang tertinggi dalam empat tahun terakhir, sejak 2020," kata Pemangku Ketua Setiausaha BPS, Imam Machdi, pada sidang media di Jakarta pada Isnin.
Jumlah ketibaan pelancong asing ke negara ini dalam tempoh Januari-Mei 2020 hanya mencapai 2.9 juta. Angka itu menurun kepada hanya 604,000 dalam tempoh yang sama pada 2021.
Jumlah ketibaan pelancong asing kemudian meningkat kepada 997,000 pada 2022 dan seterusnya mencapai 4.2 juta dalam tempoh Januari hingga Mei 2023.
Pada Mei 2024 sahaja, jumlah ketibaan pelancong asing di Indonesia adalah sebanyak 1,145,499, peningkatan sebanyak 7.36 peratus bulan ke bulan dan peningkatan sebanyak 20.11 peratus tahun ke tahun.
Pelancong dari negara jiran, Malaysia mendominasi jumlah pelancong yang melawat Indonesia, iaitu sebanyak 17 peratus daripada jumlah keseluruhan pelancong asing yang direkodkan pada Mei 2024, diikuti oleh pelancong dari Australia (12 peratus), Singapura (9.7 peratus) dan China (8.6 peratus).
"Ketibaan pelancong dari Malaysia meningkat sebanyak 17.24 peratus secara bulanan, manakala secara tahunan, ia meningkat sebanyak 18.26 peratus," kata Machdi.
Sebanyak 544,000 pelancong memasuki Indonesia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali, didominasi oleh pelancong dari Australia.
BPS melaporkan pada Mei 2024, purata tempoh penginapan pelancong asing, termasuk pelancong asing yang melintasi sempadan di Indonesia adalah selama 7.51 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#pelancong
#kedatangan
#rekod tertinggi
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan