Skip to main content

Dunia

Indonesia perkenal pakej rangsangan ekonomi 26.34 trilion rupiah pada separuh kedua 2026

Jakarta, Jaksel
Airlangga berkata, pakej itu masing-masing berjumlah 2.04 trilion rupiah bagi insentif pengangkutan, 6.26 trilion rupiah bagi program latihan industri dan vokasional serta 18.04 trilion rupiah bagi langkah bantuan dan kestabilan makanan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Advertisement

JAKARTA: Indonesia akan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bernilai 26.34 trilion rupiah (1 juta rupiah=RM231.2) pada separuh kedua 2026 yang turut merangkumi insentif pengangkutan, program penggajian dan langkah bantuan makanan.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto berkata, pakej itu masing-masing berjumlah 2.04 trilion rupiah bagi insentif pengangkutan, 6.26 trilion rupiah bagi program latihan industri dan vokasional serta 18.04 trilion rupiah bagi langkah bantuan dan kestabilan makanan.

Di bawah pakej itu, beliau menjelaskan, insentif pengangkutan itu merangkumi perjalanan rel, lautan dan udara manakala program latihan industri dan vokasional akan diteruskan.

Airlangga berkata Presiden Prabowo Subianto telah mengarahkan kerajaan untuk meneruskan bantuan makanan selama tiga bulan bermula Julai hingga September 2026 yang memberi manfaat kepada 33.24 juta penerima dan memerlukan peruntukan mencecah 17.54 trilion rupiah.

“Kerajaan akan meneruskan program bekalan dan kestabilan harga makanan, termasuk subsidi sebanyak 2,000 rupiah sekilogram bagi kacang soya yang digunakan oleh pengusaha tauhu dan tempe jika harga melebihi paras rujukan kerajaan,” katanya pada sidang media pada Isnin.

Mengulas selanjutnya, Airlangga berkata, kerajaan Indonesia akan turut mengurangkan duti import gas petroleum cecair (LPG) industri petrokimia kepada sifar peratus manakala duti import alat ganti pesawat juga akan dikurangkan kepada sifar peratus bagi menyokong industri penerbangan serta meningkatkan daya saing industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) negara itu.

“Langkah ini dijangka menjana manfaat ekonomi bernilai 2.25 trilion rupiah menerusi kos lebih rendah bagi industri berkaitan selain memberi kesan pengganda,” katanya merujuk kepada pengecualian duti import LPG.

Pada masa sama, Indonesia akan turut menetapkan duti import berkadar sifar peratus bagi bahan mentah plastik bagi membantu menangani tekanan inflasi berikutan kebanyakan pembungkusan makanan menggunakan bahan plastik.

Airlangga berkata, kerajaan akan memperkenalkan kadar cukai pendapatan akhir khas sebanyak 1.5 peratus ke atas pendapatan royalti kalangan penulis berbanding kadar dalam julat lima hingga 35 peratus.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement