awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan sempena Aidilfitri dan Nyepi

Bernama
Bernama
02/03/2025
10:07 MYT
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan sempena Aidilfitri dan Nyepi
Inisiatif itu menyuraikan perjalanan secara berperingkat serta mengelakkan kesesakan teruk di lebuh raya, lapangan terbang dan pengangkutan awam. - Reuters
JAKARTA: Dengan jutaan rakyat Indonesia bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri, kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Inisiatif yang membolehkan pekerja bekerja dari luar pejabat sebelum Aidilfitri itu bertujuan menyuraikan perjalanan secara berperingkat serta mengelakkan kesesakan teruk di lebuh raya, lapangan terbang dan pengangkutan awam, menurut kenyataan Kementerian Penyelaras Bidang Infrastruktur dan Pembangunan Wilayah.
Menterinya, Agus Harimurti Yudhoyono berkata dasar itu dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pentadbiran dan Pembaharuan Birokrasi bagi melaksanakan FWA, yang sebelum ini dikenali sebagai 'bekerja dari mana-mana', bagi mengagihkan aliran pergerakan dengan lebih sekata dan mengurangkan kesesakan puncak.
"Bermula 24 Mac, seminggu sebelum Aidilfitri, kami menjangkakan FWA akan dilaksanakan bagi membolehkan orang ramai memulakan perjalanan lebih awal dan mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya ketika melawat Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten, baru-baru ini.
Agus berkata cabaran tahun ini lebih besar kerana Aidilfitri berbetulan dengan Nyepi, Hari Senyap masyarakat Hindu di Bali, dan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyesuaikan cuti sekolah bagi menguruskan peningkatan jumlah pengembara.
"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa bagi semua yang menyambut Aidilfitri," katanya.
Tradisi pulang ke kampung sempena Aidilfitri di Indonesia, dikenali sebagai "mudik", melibatkan puluhan juta orang bergerak ke seluruh negara, sering menyebabkan kesesakan teruk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dasar pelan kerja fleksibel
#rakyat Indonesia
#Mudik Lebaran
#Aidilfitri
#nyepi
#kesesakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan