awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia sedang siap sedia untuk laksana pembenihan awan tangani kebakaran hutan

Bernama
Bernama
03/03/2024
13:30 MYT
Indonesia sedang siap sedia untuk laksana pembenihan awan tangani kebakaran hutan
Pengarah Pencegahan Kebakaran Hutan Thomas Nifinluri berkata langkah itu bagi menangani kebakaran yang berlaku baru-baru ini selepas musim tengkujuh, khususnya di wilayah Riau. - Gambar fail/AP
JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan sedang bersiap sedia untuk melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan ini bagi menangani kebakaran hutan.
Pengarah Pencegahan Kebakaran Hutan Thomas Nifinluri berkata langkah itu bagi menangani kebakaran yang berlaku baru-baru ini selepas musim tengkujuh, khususnya di wilayah Riau.
Tumpuan pihaknya tahun ini adalah untuk mengemas kini pelan pembenihan awan dengan agensi meteorologi, BMKG dan memastikan kesediaan dalam analisis bahan benih, pesawat dan cuaca, katanya dipetik oleh media tempatan, Media Indonesia.
Thomas berkata Kota Dumai di Riau telah pun mengisytiharkan darurat untuk mempercepat usaha tindak balas melalui operasi pembenihan awan dan bantuan tambahan.
Menurut BMKG Pekanbaru, sebanyak 51 titik panas telah dikesan di wilayah itu, terutama tertumpu di sepanjang pantai timur Sumatera dengan Dumai mencatatkan jumlah tertinggi.
Agensi Pengurusan Bencana Riau berkata kebakaran hutan telah menjejaskan kira-kira 22 hektar di wilayah itu sejak awal Januari hingga 26 Feb lalu.
Pemangku ketua pengarah kawalan perubahan iklim kementerian Ade Palguna Ruteka memberi amaran tentang potensi berulangnya kebakaran di wilayah itu, terutama sejak bulan lalu dan musim kemarau seterusnya pada Jun dan Julai.
"Tindakan segera perlu untuk menyelaraskan operasi pembenihan awan dalam kalangan pihak berkepentingan seperti Badan Penyelidikan dan Inovasi Nasional (BRIN), Angkatan Udara Indonesia, BMKG, dan agensi lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#pembenihan awan
#kebakaran hutan
#Thomas Nifinluri
#Riau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan