JAKARTA: Pihak berkuasa imigresen Indonesia menahan 17 warga asing yang disyaki menjalankan perniagaan pinjaman dalam talian yang melanggar permit kediaman mereka di pulau peranginan Bali, kata pegawai pada Selasa, lapor Xinhua.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 rakyat Malaysia dan dua warga Singapura, kata Muhamad Novyandri, ketua pejabat imigresen tempatan.
Penemuan awal menunjukkan operasi sindiket itu mempunyai tiga pengurus dan 14 pentadbir yang mengiklankan pinjaman di media sosial dan mengarahkan bakal peminjam ke nombor WhatsApp.
Mereka mengumpul maklumat peribadi, termasuk butiran pekerjaan, slip gaji dan maklumat hubungan kecemasan, kata Novyandri.
Sasaran ialah rakan warga asing terbabit dan tiada pelanggan Indonesia dikenal pasti setakat ini, kata Novyandri sambil menambah suspek dalam tahanan imigresen untuk disoal siasat.
-- BERNAMA-XINHUA