awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tutup kemasukan pelawat asing mulai esok selama sebulan

Bernama
Bernama
19/03/2020
13:38 MYT
Indonesia tutup kemasukan pelawat asing mulai esok selama sebulan
Indonesia tutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara. - Reuters
Kerajaan Indonesia mengambil langkah tambahan membendung penularan wabak COVID-10 dengan menutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara untuk tempoh sebulan berkuat kuasa esok (Jumaat, 20 Mac).
Menteri Luar, Retno Marsudi, dalam kenyataan hari ini, berkata Visa Bebas Kunjungan (BVK), Visa Ketibaan (VOA) dan Visa Bebas Diplomatik/Perkhidmatan untuk warga asing ditangguhkan selama sebulan.
Susulan langkah tambahan tersebut, beliau berkata, pelawat warga asing yang akan berkunjung ke Indonesia diwajibkan mempunyai visa dari perwakilan Indonesia di negara masing-masing dengan menyatakan maksud dan tujuan lawatan tersebut.
Selain itu, katanya, semasa memohon visa, mereka perlu melampirkan sijil kesihatan oleh pihak berkuasa kesihatan di negara masing-masing.
Retno berkata peraturan itu akan dikaji semula mengikut kesesuaian dan perkembangan semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#koronavirus
#pelawat asing
#penularan wabak
#rakyat Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan