awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri China bantah langkah sekatan AS terhadap sektor maritim, logistik dan pembinaan kapal

Bernama
Bernama
19/04/2025
20:15 MYT
Industri China bantah langkah sekatan AS terhadap sektor maritim, logistik dan pembinaan kapal
Langkah berkenaan dijangka meningkatkan kos logistik antarabangsa, dan menggugat kestabilan rantaian bekalan global.
BEIJING: Sebuah pertubuhan industri China dalam sektor logistik pada Sabtu menyatakan bantahan tegas terhadap langkah sekatan Amerika Syarikat (AS) susulan siasatan Seksyen 301 ke atas sektor maritim, logistik dan pembinaan kapal China, lapor Xinhua.
Persekutuan Logistik dan Pembelian China dalam satu kenyataan berkata tindakan AS itu akan menjejaskan kepentingan penyedia perkhidmatan logistik, pemilik kapal dan kargo, pengimport dan pengeksport serta pengguna di kedua-dua negara, sekali gus merencatkan hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS.
Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan dijangka meningkatkan kos logistik antarabangsa, menggugat kestabilan rantaian bekalan dan industri global serta mengancam pertumbuhan ekonomi dunia.
Persekutuan itu turut menggesa ahlinya serta rakan seangkatan dalam industri logistik, pembelian dan rantaian bekalan di seluruh dunia supaya memperkukuh kerjasama dalam usaha memastikan kelancaran dan kestabilan operasi rantaian industri dan bekalan global dalam menghadapi cabaran dasar perlindungan perdagangan oleh AS.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#sekatan
#Amerika Syarikat
#China
#maritim
#logistik
#pembinaan kapal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan