Skip to main content

Berita

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Oktober 2026.

  1. Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi

    Sebanyak 36 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi ini, dengan Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 191.

  2. 521 kg dadah dalam jet persendirian bukan dari Malaysia - PDRM

    Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tanpa membawa sebarang muatan dadah sebelum mengambil bekalan itu di Laos.

  3. 4x4 dipercayai punca kebakaran parkir pusat beli-belah, bukan EV - Bomba

    Kebakaran di parkir bawah tanah aras dua pusat beli-belah Johor Bahru City Square di sini petang semalam dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4), sekali gus menepis spekulasi tular di media sosial yang mengaitkan kejadian itu dengan kenderaan elektrik (EV).

  4. PRN Melaka 14 November ini - SPR

    Pengerusinya Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

  5. Inkues: ‘Saya ibu, saya juga kawan Zara Qairina' - Noraidah

    Beliau berkata hubungan mereka sangat rapat dan beliau bukan sahaja berperanan sebagai ibu, malah juga seorang kawan kepada anak tunggalnya itu.

  6. Kes pelajar tingkatan dua maut: Dua remaja didakwa esok

    Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata dua pelajar tingkatan empat itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

  7. KBS bentang penilaian kebolehlaksanaan F1 kepada Kabinet Disember ini – Mohammed Taufiq

    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dijangka membentangkan penilaian kebolehlaksanaan penganjuran Formula 1 (F1) secara tetap di Malaysia pada Disember ini.

  8. Harimau Malaya lonjak tiga anak tangga ke ranking 133 dunia

    Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki ranking ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

  9. Jerebu: KPM arah sekolah ditutup serta-merta jika IPU melebihi 200

    Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah di kawasan atau daerah yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 ditutup serta-merta.

  10. DUN Sarawak dijangka dibubar November, selepas belanjawan negeri - Abdul Karim

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan pada November atau dua minggu selepas Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.
     

Must Watch Video

Advertisement