LOS ANGELES: PEMINAT kucing tentunya sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata apabila kucing tersayang yang hilang sejak kira-kira 15 tahun lalu kembali bersatu dengan tuannya.
Itulah yang terjadi pada seekor kucing dari jenis tabby bernama Brandy, yang disatukan semula dengan Charles, yang mengambilnya sebagai haiwan angkat semasa ia berusia 2 bulan, pada tahun 2005.
“Sangat luar biasa, saya tidak sangka semua ini terjadi.
"Saya mendekatinya, dan saya angkat. Dia membuat bunyi getaran nafas dan itu sangat emosional. Sungguh istimewa dapat memeluknya di tangan saya sekali lagi.
"Saya terus menangis kerana memikirkan tahun-tahun yang saya hilang tanpanya." ujar Charles, seorang juruteknik komputer yang tidak berkongsi nama keluarganya.
Brandy dijumpai pada Ahad lalu di Palmdale, kira-kira 65 kilometer dari kediaman Charles di San Fernando Valley, Los Angeles.
Katanya, Brandy mula berjalan keluar sendirian beberapa bulan selepas ia dipelihara.
"Ia berjalan pada suatu petang di halaman belakang, dan ketika hari semakin gelap, saya mahu membawanya masuk namun Brandy sudah tiada," imbas Charles.
Puas dia mencari di sekitar kawasan kejiranan, termasuk melekatkan notis di banyak tempat, namun tidak berhasil menemuinya.
“Saya sangat sedih. Kerana apabila saya mula mengambilnya dari pusat haiwan angkat itu, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya sepanjang hayat," kata Charles yang pernah menyangka kucingnya itu telah dimakan coyote.
Sejak itu, Charles meneruskan hidup, berpindah rumah di kawasan yang sama dan telah memelihara dua kucing lain.
Pada Ahad lalu, dia tiba-tiba menerima panggilan daripada pusat perlindungan haiwan Palmdale yang menghasilkan cip mikro yang ditanam pada tubuh Brandy.
Meskipun telah berpindah, namun Charles masih mengekalkan nombor telefonnya.
"Saya sangat skeptikal. Saya rasa, mesti ada kesilapan. Hanya satu per sejuta peluang untuk mereka merujuk pada Brandy. Lagipun sudah 15 tahun. Sangat mustahil.
"Tapi saya terfikir semula, cip mikro takkan berbohong," kata Charles.
Pada petang Isnin, Charles telah ke Palmdale untuk menentukan sama ada benar itu Brandy. Ia kelihatan tua dan kurus kerana kekurangan zat, katanya.
Kukunya juga panjang hingga boleh mencederakan tapak kakinya sendiri.
Charles mengagak, bahawa ada orang yang menemuinya sewaktu ia masih anak kucing lalu mengambilnya pulang, dan tidak pernah peduli untuk memeriksa sama ada terdapat cip mikro pada badannya.
Dia mengambil keputusan untuk tidak mencampurkan Brandy dengan dua kucingnya yang lain buat masa ini, sebaliknya meletakkan Brandy di rumah adiknya dahulu untuk dilawati selalu.
Tambah Charles: "Brandy kelihatan gembira kembali ke rumah ini semula."
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun Feb 28 2021
Ketika ditemui, Brandy sudah sangat tua dan kurus akibat kekurangan zat. - AP
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Ini kisah kucing yang hilang 15 tahun, kembali ke pangkuan tuannya
Siapa sangka hayat si Brandy mampu bertahan ke usia itu untuk bersatu kembali dengan tuannya.