BANGKOK: Keluarga suspek tembakan maut di sebuah pusat beli-belah di Bangkok, membabitkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, membuat permohonan maaf atas jenayah dilakukan anak mereka.
Permohonan maaf itu dibuat melalui kenyataan yang dikeluarkan kerajaan Thailand.
Kata kenyataan itu, yang diedarkan dalam bahasa Siam, Inggeris dan Cina kepada pemberita oleh Kementerian Luar Thailand, pihak keluarga suspek amat sedih dan terkejut dengan kejadian berkenaan selain mengambil tanggungjawab terhadap insiden terbabit.
Kenyataan itu ditandatangani bapa kepada pesalah juvana itu yang turut memberi jaminan untuk bekerjasama penuh terhadap siasatan polis.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Srettha Thavisin memberi jaminan akan mengambil langkah pencegahan bagi memastikan serangan senjata berprofil tinggi ketiga yang melanda negara itu dalam tempoh empat tahun ini, tidak berulang.
Remaja itu yang sudah ditahan polis, melakukan serangan tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon Selasa lalu, yang mengorbankan dua mangsa dan lima lagi cedera.
Suspek adalah pelajar di sebuah sekolah swasta yang terletak hanya beberapa meter dari Siam Paragon, sudah menjalani ujian psikiatri sebelum boleh dibawa ke muka pengadilan.
Menurut pasukan penyiasat, suspek yang pernah menjalani rawatan untuk penyakit mental tetapi berhenti mengambil ubat-ubatan, mendakwa mendengar bisikan suara menyuruhnya menembak orang ramai.
Serangan itu dilakukan menggunakan pistol plastik yang diubah suai bagi membolehkan ia menembak dengan peluru hidup.
Susulan insiden itu, polis turut menahan tiga individu disyaki menjual pistol dan peluru kepada suspek.
Serangan di salah satu pusat beli-belah terbesar dan mewah di Bangkok dilihat sebagai tamparan baharu kepada usaha Thailand untuk membina semula industri pelancongan selepas pandemik COVID-19.
Thailand mempunyai salah satu pemilikan senjata api tertinggi di rantau ini, dengan kira-kira 10 juta senjata api dianggarkan berada dalam pasaran.
Astro Awani
Fri Oct 06 2023
Jambangan bunga yang diletakkan di pintu hadapan pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand susulan kejadian tembakan. - Foto AP
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Insiden Siam Paragon: Keluarga suspek mohon maaf
Pihak keluarga suspek amat sedih dan terkejut dengan kejadian berkenaan selain mengambil tanggungjawab terhadap insiden terbabit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Insiden Siam Paragon: Suspek tidak makan ubat mental, keliru disoal siasat - Polis
Remaja 14 tahun yang ditahan selepas insiden tembakan rambang di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand semalam dikatakan terlalu keliru untuk disoal siasat.
Insiden Siam Paragon: Suspek disyaki mengidap penyakit mental
Visual dari kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek dipercayai tidak melawan ketika ditahan pihak berkuasa.