Skip to main content

Dunia

Insiden tembakan di Chicago ragut tiga nyawa, 10 cedera

61724308296_TBditembakjpg.jpg
Statistik menunjukkan dalam tempoh 12 bulan hingga 7 April, Chicago merekodkan 1,878 mangsa keganasan bersenjata, dengan 356 daripadanya maut. - Gambar hiasan
Advertisement

NEW YORK: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam beberapa kejadian tembakan di Chicago, Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, lapor Xinhua memetik laporan media.

Menurut laporan CBS Chicago, sebanyak lapan kejadian tembakan berlaku setakat 8.22 pagi Ahad.

Dalam satu lagi kejadian, seorang lelaki berusia 35 tahun ditembak di kepala pada awal pagi Sabtu dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan, tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian-kejadian tembakan berkenaan.

Statistik menunjukkan dalam tempoh 12 bulan hingga 7 April, Chicago merekodkan 1,878 mangsa keganasan bersenjata, dengan 356 daripadanya maut. 

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement