awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2025
02:50 MYT
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Bas sekolah tiba di tempat berkumpul susulan kejadian tembakan di kafetaria sekolah Antioch High School di Nashville, Tennessee, 22 Jan 2025. (Foto AP)
NASHVILLE (Amerika Syarikat): Satu insiden tembakan berlaku di sebuah sekolah menengah di Tennessee telah mengorbankan dua nyawa termasuk suspek pada Rabu.
Menurut kenyataan polis Nashville di media sosial, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Susulan itu, mangsa, Josselin Corea Escalante, 16, maut di tempat kejadian sementara seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun mengalami kecederaan ringan selepas peluru mengenai lengannya.
Pihak berkuasa mengenal pasti identiti penembak sebagai Solomon Henderson dan sedang menyiasat punca kejadian itu.
Kejadian ini berlaku hampir dua tahun selepas satu lagi insiden tembakan di sebuah sekolah Kristian swasta di Nashville yang telah mengorbankan nyawa tiga pelajar dan tiga kakitangan sekolah sebelum ini.
Pengarah Sekolah Awam Metro Nashville, Adrienne Battle turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
“Saya berdukacita terhadap keluarga yang terkesan dengan kehilangan orang tersayang serta amat sukar membayangkan kejadian tragis sebegini berlaku,” katanya dalam satu sidang media.
Sekolah Menengah Antioch telah mengambil pelbagai langkah memperketatkan aspek keselamatan, termasuk memastikan ruang pintu masuk yang terkawal serta sistem kamera pengawasan dilengkapi perisian pengesan senjata.
Menurut ‘K-12 School Shooting Database’, terdapat 330 kejadian tembakan di sekolah Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2024, menjadikannya tahun kedua tertinggi selepas 2023 yang mencatatkan 349 kejadian tembakan - Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tembakan
#kafetaria sekolah
#nashville
#tembakan di sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan