awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Institut Bahasa Inggeris AS di Iraq musnah dalam letupan bom

Agensi
Agensi
18/09/2020
15:45 MYT
Institut Bahasa Inggeris AS di Iraq musnah dalam letupan bom
Polis Iraq berkata, bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - Foto AP
Institut Pembelajaran Bahasa Inggeris Amerika Syarikat (AS) di Selatan Iraq musnah dalam kejadian letupan pada Jumaat.
Polis Iraq berkata, bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Menurut polis, kejadian itu berlaku susulan peningkatan serangan yang menyasarkan kehadiran AS ke Iraq.
Namun, institut itu tidak mempunyai kaitan atau hubungan dengan mana-mana institusi di AS.
Polis negara itu tidak menolak kawasan itu antara sasaran utama kerana menawarkan pendidikan Bahasa Inggeris kepada rakyat Iraq.
Untuk rekod, serangan untuk menyasarkan kehadiran AS meningkat sejak Perdana Menteri Iraq, Mustafa Al-Kadhimi melakukan lawatan ke Washington bulan lalu bertujuan menyelesaikan perbincangan strategik.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Institut Pembelajaran Bahasa Inggeris Amerika Syarikat
#Iraq
#kemalangan
#letupan
#menteri
#pendidikan
#Perdana Menteri
#rakyat
#serangan
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan