KUALA LUMPUR: Presiden yang baharu dipilih, Masoud Pezeshkian berkata Iran di bawah kepimpinannya akan mengikuti dasar luar yang didorong peluang dengan mewujudkan keseimbangan dalam hubungan dengan semua negara, sejajar dengan kepentingan nasional, pembangunan ekonomi, dan keperluan keamanan serta keselamatan serantau dan global.
Dalam artikel pertama yang diterbitkan sejak memenangi Pilihan Raya Presiden pada 5 Julai, Pezeshkian, 69, berkata dasar luar Iran diasaskan pada prinsip "bermaruah, bijaksana, dan cermat ", dengan pembentukan dan pelaksanaan dasar negara itu menjadi tanggungjawab presiden dan kerajaan.
Pezeshkian berkata beliau akan mengutamakan pengukuhan hubungan dengan negara jiran untuk mempelopori pembentukan "rantau yang kuat" berbanding "di mana satu negara mengejar hegemoni dan dominans ke atas yang lain."
"Saya ingin menegaskan bahawa pentadbiran saya akan berpandukan komitmen untuk mengekalkan maruah Iran dan kaliber antarabangsanya dalam semua keadaan.
Saya berhasrat untuk memanfaatkan semua kuasa yang diberikan kepada pejabat saya untuk mencapai objektif utama ini. Sehubungan itu, kami akan mengalu-alukan usaha ikhlas untuk meredakan ketegangan dan akan membalas hasrat yang baik dengan hasrat yang baik," katanya dalam artikel bertajuk "Mesej Saya kepada Dunia Baharu" yang diterbitkan di Tehran Times pada Jumaat.
Beliau berkata sebagai langkah pertama, pentadbirannya akan menggesa negara jiran Arab Iran untuk bekerjasama dan menggunakan semua kelebihan politik dan diplomatik untuk mengutamakan pencapaian gencatan senjata kekal di Gaza dan menghalang perluasan konflik.
"Kita mesti bekerja dengan tekun untuk menamatkan pendudukan yang berlarutan yang telah memusnahkan kehidupan empat generasi rakyat Palestin.
Dalam konteks ini, saya ingin menegaskan bahawa semua negara mempunyai kewajipan yang mengikat di bawah Konvensyen Genosid 1948 untuk mengambil langkah mencegah genosid; tidak memberi ganjaran kepadanya melalui penormalan hubungan dengan pelaku.
Pezeskhian berkata Iran menantikan kerjasama dengan Turkiye, Arab Saudi, Oman, Iraq, Bahrain, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, dan organisasi serantau untuk memperdalam hubungan ekonomi, mengukuhkan hubungan perdagangan, mempromosikan pelaburan usaha sama, menangani cabaran bersama, dan bergerak ke arah mewujudkan kerangka serantau untuk dialog, pembinaan keyakinan dan pembangunan berpandukan prinsip dasar luar Iran.
Beliau juga menyatakan penghargaan kepada China dan Rusia yang sentiasa menyokong Iran dalam keadaan mencabar.
Pada 2023, China memainkan peranan penting dalam memudahkan penormalan hubungan Iran dengan Arab Saudi, menunjukkan wawasan konstruktif dan pendekatan berfikiran ke hadapan dalam hal ehwal antarabangsa, kata Pezeshkian, sambil menambah bahawa Rusia adalah sekutu strategik yang dihargai dan jiran kepada Iran dan pentadbirannya akan terus komited untuk mengembangkan dan meningkatkan kerjasama itu.
"Iran berusaha ke arah keamanan untuk rakyat Rusia dan Ukraine, dan kerajaan saya akan bersedia secara aktif menyokong inisiatif yang bertujuan mencapai objektif ini.
Saya akan terus mengutamakan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan Rusia, khususnya dalam rangka kerja seperti BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan), Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan Kesatuan Ekonomi Eurasia," kata Pezeshkian.
Presiden yang dipilih itu berkata beliau komited untuk memupuk hubungan yang saling memanfaatkan pemain antarabangsa yang muncul di Selatan Global, terutamanya dengan negara-negara Afrika dan hubungan Iran dengan Amerika Latin adalah kukuh dan akan terus dikekalkan dan diperdalam untuk memupuk pembangunan, dialog dan kerjasama dalam semua bidang.
Mengenai hubungan dengan Eropah, Pezeshkian berkata beliau menantikan dialog konstruktif dengan negara-negara Eropah untuk meletakkan hubungan di landasan yang betul, berdasarkan prinsip saling menghormati dan kedudukan yang sama rata.
Pezeshkian berkata Amerika Syarikat perlu mengakui realiti dan memahami, sekali dan untuk semua, bahawa Iran tidak dan tidak akan bertindak balas terhadap tekanan.
Beliau menegaskan bahawa doktrin pertahanan Iran tidak termasuk senjata nuklear dan menggesa Amerika Syarikat untuk belajar daripada kesilapan masa lampau dan menyesuaikan dasar mereka dengan sewajarnya.
"Pembuat keputusan di Washington perlu mengakui bahawa dasar yang terdiri daripada melaga-lagakan negara-negara serantau antara satu sama lain tidak berjaya dan tidak akan berjaya pada masa depan. Mereka perlu menerima kenyataan ini dan mengelakkan daripada memburukkan ketegangan semasa," katanya.
Pezeshkian berkata rakyat Iran telah memberi mandat kuat kepadanya untuk gigih mengejar penglibatan konstruktif di peringkat antarabangsa sambil menuntut hak, maruah dan peranan yang sepatutnya untuk Iran di rantau ini dan dunia.
"Saya sangat menghargai kepercayaan mereka dan komited sepenuhnya untuk memupuk konsensus, baik di dalam negeri mahupun antarabangsa, untuk menunaikan janji yang saya buat semasa kempen saya.
Saya secara terbuka mengalu-alukan mereka yang sudi menyertai kami dalam usaha bersejarah ini," katanya.
Pezeshkian, seorang pakar bedah jantung yang terlatih telah dipilih sebagai presiden kesembilan Iran selepas mengalahkan Saeed Jalili, dalam Pilihan Raya Presiden pusingan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
Pezeshkian ketika berucap pada satu majlis di pinggir Tehran, Iran, 6 Julai 2024. (Foto AP)
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Duta Malaysia seru konservasi berteraskan komuniti di Forum Datuk Bandar Asia di Iran
Mengambil contoh Cameron Highlands sebagai model unggul, beliau berkata penglibatan komuniti telah membawa kepada kejayaan konservasi.
Pejuang Houthi lancar operasi ketenteraan, serang sasaran kritikal Israel
Pejuang Houthi dari Yaman umum melancarkan operasi ketenteraan terhadap Israel, dengan menyerang beberapa sasaran ketenteraan dan kritikal pada Ahad.
Tiada bukti Iran sedang bina senjata nuklear - Ketua IAEA
IAEA menegaskan bahawa pemeriksa antarabangsa tidak menemukan sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Iran sedang membina senjata nuklear.
Kerajaan Iran takutkan rakyatnya, bukan Israel - Netanyahu
Menurut Netanyahu, kerajaan Iran melaburkan banyak masa dan wang untuk memadamkan harapan rakyatnya dan menghalang impian mereka.
Iran nafi dakwaan rancang bunuh Trump
Iran menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia telah merancang untuk membunuh Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berikutan tuduhan oleh Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat
Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM).
Iran akan lancar dua satelit buatan tempatan ke angkasa
Satelit-satelit yang baru-baru ini diperkenalkan itu dijadualkan dilancarkan ke angkasa pada awal pagi Selasa.