awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 ditahan kes pergaduhan bersenjata di Lukut
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran, Arab Saudi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 7 tahun

Agensi
Agensi
06/04/2023
23:15 MYT
Iran, Arab Saudi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 7 tahun
Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian dan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan Al Saud dan Menteri Luar China Qin Gang berjabat tangan semasa pertemuan di Beijing. -Iran's Foreign Ministry/WANA
Beijing: Menteri Luar Iran dan Arab Saudi pada Khamis bertemu untuk mesyuarat rasmi pertama mereka dalam tempoh lebih tujuh tahun, susulan perjanjian mengejut yang dikendalikan China.
Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua negara berikrar terus bekerjasama untuk memperbaiki hubungan dan mengumumkan perancangan membuka semula kedutaan dan konsulat dalam tempoh dua bulan.
Stesen televisyen Iran menyiarkan rakaman ringkas Putera Faisal bin Farhan Al Saud dan rakan sejawatannya dari Iran, Hossein Amirabdollahian bersalaman sebelum duduk bersebelahan.
"Pasukan teknikal akan meneruskan penyelarasan untuk mengkaji cara meluaskan kerjasama termasuk membuka semula penerbangan dua hala delegasi sektor kerajaan dan swasta serta memudahkan pemberian visa untuk rakyat kedua-dua negara," kenyataan itu menyebut.
Amirabdollahian memaklumkan pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana positif dan memberi penekanan terhadap kestabilan dan keselamatan mampan, yang dipersetujui sebagai agenda bersama.
Bulan lalu, China memainkan peranan penting dalam menjadi pengantara perjanjian penting antara Iran dan Arab Saudi untuk menamatkan ketegangan diplomatik mereka, selepas permusuhan bertahun memburukkan lagi konflik di seluruh Asia Barat.
Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Iran pada 2016 selepas kedutaannya di Tehran diserang semasa pertelingkahan antara kedua-dua negara berhubung pelaksanaan hukuman mati oleh Riyadh terhadap seorang ulama Syiah.
Topic Berkaitan
#Iran
#Arab Saudi
#hubungan diplomatik
#Beijing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan