Skip to main content

Dunia

Iran beri amaran akan bertindak balas terhadap sebarang serangan baharu AS

Abbas Araghchi beri amaran bahawa Tehran akan bertindak balas secara tegas terhadap sebarang bentuk “pencerobohan” baharu oleh Amerika Syarikat, dalam perbualan berasingan dengan pemimpin serantau pada Sabtu. - Gambar AP
Abbas Araghchi beri amaran bahawa Tehran akan bertindak balas secara tegas terhadap sebarang bentuk “pencerobohan” baharu oleh Amerika Syarikat, dalam perbualan berasingan dengan pemimpin serantau pada Sabtu. - Gambar AP
Advertisement

TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi memberi amaran bahawa Tehran akan bertindak balas secara tegas terhadap sebarang bentuk “pencerobohan” baharu oleh Amerika Syarikat (AS), dalam perbualan berasingan dengan pemimpin serantau pada Sabtu.

Menurut hantaran di saluran Telegram rasmi beliau, Araghchi mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dan Panglima Medan Pakistan, Asim Munir.

Dalam perbincangan itu, Araghchi memberi amaran bahawa Iran akan bertindak balas setimpal terhadap sebarang tindakan provokatif oleh Amerika Syarikat.

Advertisement

Fidan turut mengesahkan perbualan tersebut menerusi media sosial miliknya dengan menyatakan kedua-dua pihak membincangkan perkembangan terkini proses rundingan yang sedang berlangsung.

Sementara itu, dalam satu lagi hantaran berhubung perbualannya dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, Araghchi berkata, Iran akan memberikan respons yang tegas dan seimbang terhadap sebarang bentuk “pencerobohan” oleh AS, Israel atau mana-mana negara lain di rantau itu.

Advertisement

Minggu lalu, Araghchi menerusi media sosial menjelaskan bahawa strategi pertahanan Iran berasaskan prinsip “mata dibalas mata”, sebagai tindak balas terhadap sebarang serangan yang menyasarkan infrastruktur negara itu. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement