awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik Tun Mahathir, pemulihan dijangka ambil masa lama
Tiada lambakan durian di Perak, permintaan sentiasa tinggi - FAMA
AKPS tolak kemasukan sembilan warga asing di ICQS Bukit Kayu Hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran boleh sambung semula pengayaan uranium dalam beberapa bulan - Ketua IAEA

Bernama
Bernama
29/06/2025
09:05 MYT
Iran boleh sambung semula pengayaan uranium dalam beberapa bulan - Ketua IAEA
Grossi memberitahu bahawa "tidak boleh dikatakan bahawa segala-galanya telah lenyap dan tiada apa-apa yang tinggal." - Gambar fail
BERLIN: Tehran boleh menyambung semula pengayaan uranium dalam beberapa bulan walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa program nuklear Iran telah terjejas sehingga memerlukan beberapa tahun untuk dipulihkan akibat serangan, kata Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi kepada penyiar AS, CBS News, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Keupayaan yang mereka miliki masih ada. Mereka boleh mempunyai - dalam tempoh beberapa bulan, saya katakan - beberapa "mesin pengayaan uranium" yang beroperasi dan menghasilkan uranium diperkaya," kata Grossi dalam temu bual yang akan disiarkan pada Ahad.
Tahap kerosakan akibat serangan AS ke atas tiga kemudahan nuklear Iran minggu lepas masih belum jelas.
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi memberitahu penyiar negara IRIB bahawa serangan itu telah menyebabkan kerosakan "signifikan" terhadap infrastruktur nuklear negara itu.
Namun dalam temu bual yang dirakam pada Jumaat, Grossi memberitahu CBS bahawa "sejujurnya, tidak boleh dikatakan bahawa segala-galanya telah lenyap dan tiada apa-apa yang tinggal."
Beliau berkata IAEA pada dasarnya berminat untuk mengesan uranium diperkaya di Iran dan memaklumkan bahawa agensi itu telah bertahun-tahun mempersoalkan mengapa mereka menemukan kesan uranium yang diperkaya di pelbagai lokasi.
"Dan kami tidak mendapat jawapan yang boleh dipercayai. Jika bahan itu wujud - di manakah bahan ini? Jadi mungkin ada lebih banyak lagi. Kami tidak tahu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IAEA
#Iran
#uranium
#program nuklear
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami