IRAN telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.

Agensi berita Tasnim, yang bergabung dengan Pengawal Revolusi, melaporkan bahawa pihak berkuasa penerbangan awam negara itu mengumumkan penarikan balik sekatan penerbangan di kebanyakan lapangan terbang.

Entekhab News juga melaporkan bahawa penerbangan kembali normal di lapangan terbang domestik utama Tehran, Mehrabad.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan

Sebelum ini, media melaporkan, semua penerbangan menuju ke bandar Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya telah digantung.

Pengarah Perhubungan Awam Iran sebuah Syarikat Lapangan Terbang mengesahkan dalam temu bual dengan Mehr TV yang dikendalikan kerajaan.

Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.