TEHRAN: Tentera Iran mendakwa melancarkan serangan terbaharu menggunakan dron kamikaze ke atas tiga pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Kuwait pada Isnin.
Menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi Tasnim dan Al Mayadeen, operasi itu menyasarkan bangunan pentadbiran dan antena pemancar arah di Kem Arifjan.
Kenyataan sama turut mendakwa kemudahan parkir helikopter di Kem Al-Udairi serta kawasan kediaman anggota tentera di Pangkalan Ahmed Al-Jaber menjadi sasaran.
WATCH | Footage released by the Iranian Army shows the launch of one-way attack drones during the 19th phase of retaliatory strikes against US forces.
The Army said the drones targeted US military facilities at Arifjan Base, Al Udairi Camp, and Ahmed Al Jaber Air Base in Kuwait… pic.twitter.com/QIjCQW6Qxh— Al Mayadeen English (@MayadeenEnglish) July 21, 2026
Tentera Iran berkata tindakan tersebut diambil sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan yang menurutnya bertujuan menentang kehadiran tentera AS di rantau Asia Barat.
Bagaimanapun, setakat ini belum terdapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa AS atau Kuwait berhubung dakwaan serangan dan tahap kerosakan yang dilaporkan.
Kenyataan terbaharu itu dikeluarkan beberapa ketika selepas Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) turut mendakwa melancarkan serangan terhadap aset ketenteraan AS di Pangkalan Ahmed Al-Jaber dan Pangkalan Udara Ali Al-Salem.