awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran desak PBB ambil tindakan tegas terhadap pencerobohan Israel

Bernama
Bernama
14/06/2025
09:43 MYT
Iran desak PBB ambil tindakan tegas terhadap pencerobohan Israel
Dalam perbualan telefon pada Jumaat dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Araqchi (gambar) memaklumkan butiran serangan Israel ke atas beberapa lokasi di Iran. - Reuters
TEHRAN: Menteri Luar Iran Abbas Araqchi menegaskan keperluan mendesak untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera susulan tindakan pencerobohan Israel terhadap Iran, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Dalam perbualan telefon pada Jumaat dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Araqchi memaklumkan butiran serangan Israel ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk pangkalan tentera, kemudahan nuklear dan kawasan kediaman.
Beliau menegaskan bahawa tindakan Israel itu merupakan pelanggaran serius terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Iran sebagai sebuah negara anggota PBB yang berdaulat.
Diplomat tertinggi itu menyifatkan serangan tersebut sebagai tindakan pencerobohan terang-terangan, sambil menekankan bahawa Republik Islam berhak mempertahankan diri seperti yang termaktub dalam Perkara 51 Piagam PBB.
Araqchi menyeru PBB bertindak segera selaras dengan tanggungjawabnya di bawah Piagam PBB untuk mengecam serangan Israel serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rejim itu dipertanggungjawabkan.
Guterres dalam reaksi balas menyatakan kekesalan dan mengecam serangan tersebut, sambil berjanji akan menggunakan kapasiti PBB untuk meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau itu.
Dalam perkembangan awal pagi Jumaat, rejim Israel melancarkan siri serangan ketenteraan di sekitar ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain. Dalam peningkatan ketara konflik, Tel Aviv turut menyasarkan bangunan kediaman di dalam dan sekitar Tehran.
Tentera Israel turut melancarkan serangan terhadap kepimpinan tertinggi ketenteraan Iran. Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera Iran Mejar Jeneral Mohammad Baqeri dan Komander Tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Mejar Jeneral Hossein Salami dilaporkan terbunuh dalam serangan itu di Tehran.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#PBB
#serangan Israel
#pencerobohan
#Abbas Araqchi
#Antonio Guterres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan