awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran gagalkan rancangan 30 letupan serentak pengganas - Kementerian Perisikan

Bernama
Bernama
25/09/2023
07:27 MYT
Iran gagalkan rancangan 30 letupan serentak pengganas - Kementerian Perisikan
Kementerian itu mendedahkan bahawa 30 letupan serentak telah dirancang dengan tujuan menggugat keselamatan negara, menimbulkan ketakutan dan mencetuskan kekacauan pada ulang tahun rusuhan musim gugur lalu. - Gambar fail/ Reuters
TEHRAN: Perisikan Iran telah menggagalkan rancangan pengganas yang menyasarkan tempat sesak di sini di ibu negara Iran dan menahan 28 suspek, menurut Kementerian Perisikan pada Ahad, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya, kementerian itu mendedahkan bahawa 30 letupan serentak telah dirancang dengan tujuan menggugat keselamatan negara, menimbulkan ketakutan dan mencetuskan kekacauan pada ulang tahun rusuhan musim gugur lalu.
"Pasukan Perisikan kami menyerang tempat persembunyian dan pangkalan pengganas di wilayah Tehran, Alborz dan Azarbaijan Barat, serta menahan anggota rangkaian pengganas itu," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyenaraikan peralatan yang dirampas semasa operasi.
Seramai dua anggota Perisikan cedera semasa operasi itu apabila mereka berjaya menghalang letupan bunuh diri daripada merosakkan rumah berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#Perisikan Iran
#letupan serentak
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan