Skip to main content

Dunia

Iran kembali lancar serangan, ketegangan di Selat Hormuz memuncak

A missile unveiled by Iran is launched in an unknown location in Iran in this picture received by Reuters on August 20, 2020. WANA (West Asia News Agency) via REUTERS
Pasukan tentera Amerika Syarikat meningkatkan tahap kesiapsiagaan selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu, sekali gus menamatkan tempoh tenang antara kedua-dua negara. - Gambar Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) kembali memuncak apabila tentera Iran pada Selasa melancarkan peluru berpandu balistik ke arah pasukan tentera AS.

Serangan itu sekali gus menamatkan tempoh ketegangan yang sebelum ini dilihat reda ketika usaha diplomatik sedang dijalankan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kamando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), pihaknya berjaya memintas kesemua peluru berpandu berkenaan sebelum mengenai sasaran.

Malah, CENTCOM turut menegaskan, pasukan tentera AS kekal berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi menghadapi sebarang ancaman keselamatan di rantau berkenaan.

Sebelum ini, Amerika Syarikat dan Iran melalui tempoh yang lebih tenang apabila kedua-dua pihak tidak mengumumkan sebarang serangan selama beberapa hari selepas berminggu-minggu ketegangan memuncak berhubung kawalan dan keselamatan di Selat Hormuz.

Namun begitu, pelancaran serangan terbaharu oleh Iran berpotensi menamatkan tempoh tenang tersebut, sekali gus meningkatkan semula ketegangan antara kedua-dua negara.

Untuk rekod, Selat Hormuz merupakan laluan perkapalan strategik yang menghubungkan Teluk Parsi dengan pasaran global, dengan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia melalui laluan itu, sekali gus menjadikannya antara laluan perdagangan tenaga paling penting di dunia.

Sementara itu, selepas perjanjian gencatan senjata sementara dimeterai pada Jun lalu, perebutan pengaruh dan kawalan ke atas Selat Hormuz dilaporkan kembali memuncak.

Iran turut dilaporkan menuntut kapal-kapal dagang menggunakan laluan berhampiran pantainya dan berkemungkinan mengenakan bayaran tertentu terhadap kapal yang melalui kawasan tersebut, sekali gus mencetuskan kebimbangan baharu terhadap kebebasan pelayaran serta kestabilan perdagangan global

Must Watch Video

Advertisement