awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
Tarikh Perhimpunan Agung UMNO ditunda kepada 26-29 Nov
MALAYSIA
Bomba selamatkan remaja terperangkap dalam kebakaran
BISNES
Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai AS$36 juta kepada syarikat Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Iran lapor 935 terbunuh dalam serangan Israel sepanjang konflik 12 hari

Bernama
Bernama
30/06/2025
15:13 MYT
Iran lapor 935 terbunuh dalam serangan Israel sepanjang konflik 12 hari
Kementerian Kesihatan sebelum ini melaporkan jumlah kematian akibat serangan Israel seramai 606 orang, dengan 5,332 lagi cedera. - Reuters
ISTANBUL: Pihak berkuasa Iran memaklumkan pada Isnin sekurang-kurangnya 935 orang terkorban dalam serangan Israel sepanjang konflik 12 hari itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Jurucakap Badan Kehakiman, Asghar Jahangir dalam satu kenyataan yang dipetik agensi berita separa rasmi Tasnim berkata angka korban itu termasuk 132 wanita dan 38 kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan sebelum ini melaporkan jumlah kematian akibat serangan Israel seramai 606 orang, dengan 5,332 lagi cedera.
Jahangir berkata serangan Israel ke atas Penjara Evin di barat laut Tehran meragut 79 nyawa, termasuk banduan, staf penjara serta penduduk berhampiran.
Penjara Evin dilaporkan tidak lagi dapat beroperasi dengan banduan telah dipindahkan, katanya, sambil menyifatkan serangan itu sebagai "pelanggaran terang-terangan terhadap hak asasi manusia dan resolusi antarabangsa."
Konflik antara Israel dan Iran tercetus pada 13 Jun apabila Tel Aviv melancarkan serangan udara ke atas tapak ketenteraan, nuklear dan awam Iran.
Amerika Syarikat (AS) turut melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan sekali gus memburukkan lagi konflik itu.
Konflik itu terhenti selepas gencatan senjata tajaan AS berkuat kuasa pada 24 Jun.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#jumlah korban
#serangan Israel
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami