ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 September 2026.
1. Siasatan FELDA: Bekas pengarah besar direman lima hari hingga 11 Sept
Bekas pengarah besar FELDA direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berhubung pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di ibu negara, selain urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan.
2. Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang aspek kesihatan
Ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bimbang mengenai aspek kesihatan anak mereka susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.
3. KPT arah UiTM sedia laporan lengkap insiden kematian peserta KKEC 2026
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius insiden membabitkan kematian seorang peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Maran.
4. KKDW tidak belanja melebihi peruntukan diluluskan - Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tidak akan membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
5. Inkues: Jika masih hidup, Zara Qairina mungkin koma sepanjang hayat - Bapa
Bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, 45, memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa jika masih hidup, anak perempuannya itu mungkin berada dalam keadaan koma sepanjang hayat.
6. Misi SAR Banjir Nepal: Pasukan SMART digerakkan ke Ground Zero, usaha kesan 55 rakyat Malaysia
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah digerakkan ke zon ground zero bagi membantu pihak berkuasa Nepal mengesan ribuan mangsa yang masih hilang susulan bencana buruk yang melanda negara pergunungan itu.
7. Malaysia, Thailand selaras pembinaan pagar sempadan, projek tebatan banjir
Malaysia dan Thailand mencapai persetujuan untuk menyelaras kawalan keselamatan sempadan serta mempercepatkan projek tebatan banjir di sepanjang Lembangan Sungai Golok dan Rantau Panjang.
8. AHMM Ke-17: Malaysia buka tirai diplomasi kesihatan, fokus kesiapsiagaan pandemik serantau
Selepas kali terakhir menjadi tuan rumah lebih dua dekad lalu, Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kembali menerajui Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN ke-17 (AHMM) dan Mesyuarat Berkaitan yang membuka tirainya secara rasmi pada Isnin.
9. Sasaran peratus sumbangan syarikat Bumiputera kepada KDNK akan diperinci semula - Akmal Nasrullah
Sasaran untuk melonjakkan sumbangan nilai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera daripada 15 peratus kepada sehingga dua kali ganda menjelang 2035 akan diperincikan semula pada akhir tahun ini atau awal tahun depan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
10. Polis akan rakam keterangan Abdul Hadi, siasat dakwaan ditawar AS jatuhkan kerajaan BN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2014.