awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran minta bantuan Interpol tangkap Trump

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2020
21:50 MYT
Iran minta bantuan Interpol tangkap Trump
Iran mengeluarkan waran tangkap dan meminta bantuan Interpol untuk menahan Trump dan puluhan yang lain pada Isnin. -Gambar fail
Iran mengeluarkan waran tangkap dan meminta bantuan Interpol untuk menahan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan puluhan yang lain, pada Isnin.
Waran tangkap itu dikeluarkan susulan serangan dron yang membunuh seorang jeneral tinggi Iran di Baghdad.
Walaupun Trump tidak akan ditangkap, namun tuduhan tersebut menandakan ketegangan meningkat di antara Iran dan AS sejak Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear bersama Tehran.
Pendakwa raya Iran, Ali Alqasimehr berkata Trump dan lebih 30 individu lain dituduh terlibat dalam serangan 3 Januari yang membunuh Jeneral Qassem Soleimani di Baghdad dan menghadapi tuduhan pembunuhan dan keganasan.
Sementara itu, wakil khas AS ke Iran menepis dakwaan mengenai waran tangkap terhadap Trump dan 36 individu lain atas tuduhan melakukan serangan dron yang membunuh seorang jeneral tinggi Iran.
Pada satu sidang media di Riyadh, Arab Saudi, Brian Hook menyifatkannya satu aksi propaganda yang tidak serius, sebaliknya hanya mencerminkan tindakan kurang matang Iran.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Interpol
#Jeneral Qassem Soleimani
#ketegangan meningkat
#Presiden Amerika Syarikat
#serangan dron
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan