Skip to main content

Dunia

Iran tembak jatuh 170 dron musuh semasa perang

Smoke rises from a burning building hit by an Iranian drone strike, after Israel and the U.S. launched strikes on Iran, in Seef district, Manama, Bahrain, February 28, 2026. REUTERS/Stringer
Komander Ibu Pejabat Pertahanan Udara Bersama Iran berkata bahawa tentera Iran menembak jatuh 170 dron canggih musuh semasa perang 40 hari Amerika Syarikat (AS)-Israel, termasuk pesawat tanpa pemandu (UAV) yang sofistikated. - Gambar fail/Reuters

TEHRAN: Komander Ibu Pejabat Pertahanan Udara Bersama Iran berkata bahawa tentera Iran menembak jatuh 170 dron canggih musuh semasa perang 40 hari Amerika Syarikat (AS)-Israel, termasuk pesawat tanpa pemandu (UAV) yang sofistikated, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Brigedier Jeneral, Alireza Elhami dalam satu temu bual televisyen pada Sabtu berkata, rangkaian pertahanan udara bersepadu Iran memainkan peranan penting dalam menangkis pencerobohan udara AS dan Israel sepanjang tempoh tersebut.

Advertisement

Elhami berkata, dron yang dimusnahkan itu bukanlah sistem biasa, tetapi platform canggih yang dilengkapi dengan sistem perlindungan diri, keupayaan bersenjata, dan teknologi peninjauan yang sofistikated.

Beliau menyatakan bahawa antara dron yang ditembak jatuh oleh Iran termasuk model canggih seperti Hermes 900, MQ-9, dan Heron.

-- BERNAMA-MNA

 

Must Watch Video