DUNIA
Iran tidak akan tunduk! Campur tangan AS hanya undang kemusnahan - Ayatollah Ali Khamenei

Ayatollah Ali Khamenei beri amaran campur tangan ketenteraan oleh AS akan membawa kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, sambil menyatakan bahawa rakyat Iran tidak tunduk kepada ancaman. -Gambar fail
TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan bahawa negaranya akan tetap teguh menghadapi sebarang bentuk paksaan, sama ada dalam bentuk perang mahu pun perdamaian yang dikenakan dari luar.
Ringkasan AI
- Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan bahawa Iran akan tetap teguh menghadapi sebarang bentuk paksaan, sama ada perang atau perdamaian yang dikenakan dari luar.
- Beliau memberi amaran bahawa campur tangan ketenteraan oleh Amerika Syarikat akan membawa kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, sambil menyatakan bahawa rakyat Iran tidak tunduk kepada ancaman.
- Kenyataan ini dibuat dalam konteks ketegangan yang semakin memuncak antara Iran dan Israel, dengan serangan udara dan kenyataan diplomatik saling berbalas sejak lebih seminggu lalu.
Beliau turut merujuk kepada kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan memberi amaran bahawa sebarang campur tangan ketenteraan oleh Washington akan membawa kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.
“Sesiapa yang mengenali Iran, rakyatnya dan sejarahnya tidak akan menggunakan ancaman terhadap negara ini.
"Dan Amerika harus tahu bahawa sebarang campur tangan ketenteraan akan disusuli dengan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan di antara Iran dan Israel terus memuncak, dengan serangan udara dan kenyataan diplomatik saling berbalas sejak lebih seminggu lalu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami