DUNIA
Iraq: Lebih 20 pemimpin Daish terbunuh dalam serangan udara pada 2025

Pasukan keselamatan Iraq masih memburu saki-baki Daish, dengan kerap menyasarkan perhimpunan militan, khususnya di utara dan barat negara itu. - Foto Reuters
BAGHDAD: Sebuah jawatankuasa parlimen Iraq mendedahkan bahawa serangan udara pada 2025 menumpaskan lebih 20 pemimpin utama dalam struktur Daish, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Ringkasan AI
- Serangan udara pada tahun 2025 di Iraq berjaya menumpaskan lebih 20 pemimpin utama Daish, termasuk Abu Khadija, ketua pengganas yang sangat berbahaya di peringkat global.
- Operasi khas ini dijalankan hasil pemantauan risikan dan kerjasama antara tentera udara Iraq dan pasukan antarabangsa, menyasarkan lokasi terpencil seperti Wadi Al Shai di wilayah Salah Al-Din.
- Jawatankuasa Keselamatan dan Pertahanan Parlimen Iraq menyatakan operasi ini memberi kesan besar terhadap aktiviti Daish, serta menyumbang kepada peningkatan keselamatan dan kestabilan negara.
Pihak berkuasa Iraq pada Sabtu mengumumkan pembunuhan sekumpulan anggota Daish dalam dua serangan udara di utara Iraq.
Komando Operasi Bersama Iraq dalam satu kenyataan berkata serangan pertama dilakukan selepas beberapa hari pemantauan risikan, ketika satu perhimpunan besar Daish di Wadi Al Shai, timur wilayah Salah Al-Din.
Serangan itu memusnahkan lokasi berkenaan dan mengakibatkan kematian sejumlah anggotanya.
Pasukan keselamatan Iraq masih memburu saki-baki Daish, dengan kerap menyasarkan perhimpunan militan, khususnya di utara dan barat negara itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami