Skip to main content

Dunia

IRGC beri amaran 'perang tenaga' selepas depot minyak Iran diserang

Ebrahim Zolfaghari -- https://x.com/Iran_3D/status/2030380546266898859
Ebrahim Zolfighari (foto) berkata tindakan AS menyasarkan depot simpanan minyak serta terminal pemindahan petroleum di Tehran dan wilayah Alborz membuka lembaran baharu dalam peperangan itu. -Gambar fail/X Iran 3D

TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya perang tenaga selepas Amerika Syarikat (AS) dan Israel dilaporkan buat pertama kali membedil infrastruktur tenaga Iran sejak konflik bermula.

Jurucakap IRGC, Ebrahim Zolfighari, berkata tindakan AS menyasarkan depot simpanan minyak serta terminal pemindahan petroleum di Tehran dan wilayah Alborz membuka lembaran baharu dalam peperangan itu, lapor Al Jazeera.

Advertisement

Beliau turut memberi amaran keras kepada sekutu serantau AS supaya menghentikan sokongan terhadap serangan tersebut atau berdepan tindak balas lebih meluas yang menyasarkan fasiliti tenaga mereka.

Menurut kenyataan IRGC, kegagalan berbuat demikian boleh mengundang tindakan balas serupa di seluruh rantau, sekali gus berpotensi melonjakkan harga minyak dunia melebihi AS$100, malah sehingga AS$200 setong sekiranya rantaian bekalan global terus terganggu.

Serangan udara Israel pada Sabtu lalu dilaporkan memusnahkan sekurang‑kurangnya 30 depot bahan api, meningkatkan kebimbangan terhadap krisis tenaga domestik di Iran dan risiko gangguan bekalan elektrik.

Walaupun Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright, menafikan penglibatan langsung Washington dalam serangan terhadap sektor tenaga Iran, Tehran menegaskan AS perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap provokasi itu memandangkan tindakan Israel berlaku dalam kerangka operasi ketenteraan bersama.

Konflik tersebut turut mencetuskan kesan besar terhadap perdagangan minyak global apabila aktiviti perkapalan di Selat Hormuz — laluan penting bagi kira‑kira satu perlima bekalan minyak dunia — dilaporkan terjejas selepas IRGC meningkatkan ancaman keselamatan di kawasan itu susulan serangan bertali arus ke atas Iran.

Must Watch Video