Skip to main content

Dunia

IRGC dakwa dua jet pejuang AS musnah dalam serangan di Jordan

A screengrab from an Iranian state TV video says to show an Iranian missile flying through the air at an unknown location, in this screengrab obtained by Reuters on July 8, 2026. Iranian State TV/Handout via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. ISRAEL OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN ISRAEL. NO ACCESS FOR ISRAELI MEDIA. NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSIAN. NO USE MANOTO. NO USE IRAN INTERNATIONAL. NO USE RADIO FARDA. DIGITAL: NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSI
IRGC mendakwa serangan tersebut memusnahkan sekurang-kurangnya dua jet pejuang milik AS selain menyebabkan kerosakan pada beberapa pesawat ketenteraan lain. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu dan dron secara serentak ke atas pangkalan udara tentera Amerika Syarikat (AS) di Al-Azraq, Jordan.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, IRGC berkata serangan itu menyasarkan kawasan hangar jet pejuang serta lokasi parkir pesawat di pangkalan berkenaan.

IRGC turut mendakwa serangan tersebut memusnahkan sekurang-kurangnya dua jet pejuang milik AS selain menyebabkan kerosakan pada beberapa pesawat ketenteraan lain.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak tentera AS atau Jordan berhubung dakwaan kerosakan dan kemusnahan yang dinyatakan Iran.

Dalam kenyataan itu, IRGC turut mengeluarkan seruan terbuka kepada tentera Jordan untuk bersama-sama meletakkan pasukan tentera AS sebagai sasaran serangan, dengan menyifatkan kehadiran tentera penceroboh itu sebagai sasaran yang sah.

Kenyataan itu menambah, menjadi satu kewajipan agama dan kemanusiaan bagi pihak tentera Jordan untuk menghapuskan pasukan tentera asing berkenaan dengan apa jua cara, sekali gus membersihkan tanah suci negara itu daripada ancaman pembunuh umat Islam.

Siri serangan terbaharu ini menandakan peningkatan konflik ketenteraan yang semakin meruncing di Asia Barat, selepas beberapa infrastruktur penting di Kuwait turut menjadi sasaran serangan udara pihak Iran sebelum ini.

 

Must Watch Video

Advertisement