awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel bersiap sedia untuk ceroboh Lubnan melalui darat - Tentera

Agensi
Agensi
25/09/2024
23:00 MYT
Israel bersiap sedia untuk ceroboh Lubnan melalui darat - Tentera
Kepulan asap kelihatan di Khiam, di tengah-tengah permusuhan rentas sempadan yang berterusan antara Hezbollah dan tentera Israel, seperti yang dilihat dari Marjayoun, berhampiran sempadan dengan Israel pada Rabu. - Gambar Reuters
TEL AVIV: Tentera Israel sedang bersiap sedia untuk kemungkinan pencerobohan darat ke atas Lubnan, kata ketua jeneralnya pada Rabu.
“Anda mendengar jet-jet di udara, kami telah melakukan serangan sepanjang hari,” kata Leftenan Jeneral Herzi Halevi, Ketua Staf Am, kepada pasukan tentera ketika melawat sempadan utara, menurut kenyataan media yang dikeluarkan.
“Ini adalah untuk menyediakan kawasan bagi kemungkinan kemasukan anda dan untuk terus melemahkan Hezbollah.”
Ini merupakan kali kedua pada hari Rabu seorang jeneral tertinggi Israel menyatakan bahawa operasi darat mungkin akan berlaku.
Terdahulu, Jeneral tertinggi Israel di utara, Mejar Jeneral Ori Gordin berkata, tentera "mesti bersiap sedia sepenuhnya untuk manuver."
Ini juga berlaku hanya beberapa jam selepas Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengumumka,n ia memanggil dua briged simpanan kerana konflik dengan Hezbollah.
Halevi memberitahu tentera, untuk membolehkan 60,000 warga Israel kembali ke rumah mereka di utara, "kami sedang mempersiapkan proses satu manuver."
Ia "bermaksud tentera akan memasuki wilayah musuh, memasuki kampung-kampung yang telah disiapkan oleh Hezbollah sebagai pos tentera besar, dengan infrastruktur bawah tanah, titik perhimpunan dan landasan pelancaran ke wilayah kita untuk melancarkan serangan ke atas orang awam Israel," katanya.
"Kemasukan anda (tentera Israel) ke kawasan tersebut dengan kekuatan, pertemuan anda dengan operatif Hezbollah, akan menunjukkan kepada mereka apa maksudnya berhadapan dengan pasukan yang profesional, sangat terlatih, dan berpengalaman dalam pertempuran. Anda masuk dengan jauh lebih kuat dan lebih berpengalaman daripada mereka.
"Anda akan masuk, memusnahkan musuh di sana dan memusnahkan infrastruktur mereka secara tuntas. Inilah perkara yang akan membolehkan kita mengembalikan penduduk utara dengan selamat selepas itu," tegas Helvi. - Agensi
Topic Berkaitan
#Israel serang Lubnan
#letupan lubnan
#Hezbollah
#perang di Lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan