awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel bom satu-satunya kilang gandum masih beroperasi di Gaza - PBB

Bernama
Bernama
16/11/2023
14:17 MYT
Israel bom satu-satunya kilang gandum masih beroperasi di Gaza - PBB
Lebih 1.5 juta penduduk di Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal, termasuk kira-kira 813,000 IDP yang tinggal di sekurang-kurangnya 154 pusat perlindungan UNRWA. - AP
NEW YORK: Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) baru-baru ini menyatakan Kilang Tepung As-Salam Palestin di Deir Al Balah telah dibom dan musnah akibat serangan udara Israel, menurut Agensi Berita Jordan, Petra.
Premis itu merupakan kilang gandum terakhir yang masih beroperasi di Gaza.
Kemusnahan kilang itu bermakna tepung yang dihasilkan secara tempatan tidak boleh didapati di Gaza kelak.
Selain itu, tentera Israel dilaporkan menahan beberapa orang pelarian dalaman (IDP) yang melarikan diri melalui "koridor" yang ditetapkan untuk mereka oleh tentera penceroboh, menurut laporan itu.
Terdapat juga laporan saksi dan sumber yang tidak dapat disahkan mengenai beberapa orang penduduk yang hilang tempat tinggal dipukul dan dibogelkan.
Petra pada Selasa juga melaporkan, tentera Israel membina pusat pemeriksaan tanpa kakitangan dan mengarahkan penduduk Palestin untuk menunjukkan pengenalan diri mereka dan menjalani proses yang dipercayai imbasan pengecaman muka.
Lebih 1.5 juta penduduk di Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal, termasuk kira-kira 813,000 IDP yang tinggal di sekurang-kurangnya 154 pusat perlindungan UNRWA, tambah Petra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#serangan Israel
#kilang gandum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan