awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel bunuh 60 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam

Agensi
Agensi
19/03/2025
23:00 MYT
Israel bunuh 60 rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam
Penduduk Palestin meninggalkan rumah mereka selepas tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan bagi beberapa kawasan kejiranan, susulan serangan berat yang dilancarkan oleh Israel di Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza. - Gambar Reuters
GAZA: Sekurang-kurangnya 436 rakyat Palestin, termasuk 183 kanak-kanak, telah terbunuh sejak Israel menyambung semula pengeboman di Gaza pada awal pagi Selasa, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, seramai 60 nyawa diragut oleh tentera Zionis yang menyaksikan skala serangan telah berkembang melebihi apa yang mampu ditanggung oleh rakyat Palestin.
Jumlah kematian yang amat mengejutkan, melebihi 60 rakyat Palestin terbunuh sejak awal pagi ini akibat serangan melulu oleh Israel.
Dalam beberapa jam yang lalu, letupan sporadis kedengaran dari kawasan timur Deir el-Balah.
Serangan di kem pelarian Nuseirat, bersebelahan dengan Koridor Netzarim turut dilaporkan meningkat dengan sebuah rumah telah dibom oleh tentera Israel dalam beberapa jam yang lalu.
Tiga orang awam terbunuh dalam serangan itu.
Serangan utama yang berlaku pada Rabu ialah ke atas ibu pejabat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Deir el-Balah yang mengakibatkan seorang kakitangan antarabangsa terbunuh dan lima yang lain cedera.
Di lokasi lain, peningkatan serangan turut ketara termasuk serangan ke atas rumah pengebumian di Beit Lahiya, yang mengorbankan 24 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak.
Sementara itu, penduduk mula berpindah dari kawasan yang berdekatan dengan kehadiran tentera Israel. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#perang Hamas-Israel
#israel serang gaza
#rakyat Palestin terbunuh
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan