TEL AVIV: Tentera Israel mendakwa berjaya mengukuhkan kedudukan di sekitar Bandar Utama Selatan Gaza, Khan Younis pada Selasa.
Israel juga menyifatkan ia sebagai hari pertempuran paling sengit dalam lima minggu operasi darat terhadap pejuang Hamas.
Menurut Ketua Turus Am Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, tenteranya yang disokong oleh pesawat perang, telah sampai ke tengah-tengah Khan Younis dan juga di sekeliling bandar itu.
"Enam puluh hari selepas perang bermula, tentera kita kini mengepung kawasan Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.
"Pada masa yang sama, kami terus memastikan pencapaian kami di utara Semenanjung Gaza.Kami telah berpindah ke fasa ketiga operasi darat. Kami telah mendapatkan banyak kubu kuat Hamas di utara Semenanjung Gaza, dan kini kami beroperasi menentang kubu kuatnya di selatan," katanya dalam satu sidang media.
Selepas beberapa hari mengarahkan penduduk melarikan diri dari kawasan itu, tentera Israel menurunkan risalah baharu pada Selasa dengan mengarahkan penduduk untuk tinggal di dalam tempat perlindungan dan hospital semasa serangan berlaku.
Risalah itu ditujukan kepada penduduk di enam daerah berjumlah sekitar satu perempat daripada Khan Younis.
Tentera Israel turut bertempur di Jabalia, sebuah kem pelarian bandar yang besar dan sarang Hamas di utara Gaza di Shuja'iyya, timur bandar. - Agensi
Agensi
Wed Dec 06 2023

Menurut Ketua Turus Am Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, tenteranya yang disokong oleh pesawat perang, telah sampai ke tengah-tengah Khan Younis dan juga di sekeliling bandar itu.

Murid cedera akibat terhantuk, bukan dibaling bekas pensel oleh guru – Polis
Polis menafikan dakwaan seorang murid sekolah rendah di daerah ini cedera di kepala akibat dibaling bekas pensel oleh guru seperti yang tular di media sosial.
Dua lelaki ditahan cuba seludup keluar lebih 300 haiwan eksotik
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai cuba menyeludup keluar lebih 300 haiwan eksotik dianggarkan bernilai RM460,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu lepas.
Kereta terjunam dalam parit, dua saudara maut
Seorang lelaki warga emas dan jirannya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Bernam Batu 10, Tanjung Karang, Kuala Selangor, pada Jumaat.

Pempengaruh disyaki hantar gambar lucah kepada remaja ditahan polis
Seorang pempengaruh ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil
Sebanyak 58 orang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dipecat oleh Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah Nasional atas kesalahan menyertai pemilihan parti politik lain, hingga 22 Mei 2025.
Anwar jelaskan tidak bawa sebarang 'chai'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak membawa sebarang senarai 'chai' dalam proses pemilihan PKR, sebaliknya meneliti setiap calon scara adil dan saksama.

Dua maut kereta terperosok bawah lori buat pusingan U
Dua warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun
Seorang pempengaruh media sosial terkenal didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Adam Adli saran perwakilan Kongres AMK ketengah usul beri manfaat kepada parti, kerajaan
Adam Adli mengingatkan perwakilan Kongres Nasional AMK supaya mengetengahkan usul yang boleh memberi manfaat kepada parti dan kerajaan.

AS, Israel bincang kemungkinan perjanjian dengan Iran
Presiden Trump dan Perdana Menteri Netanyahu membincangkan kemungkinan mengadakan perjanjian dengan Iran.

Tiada penduduk awam Gaza terima bantuan kemanusiaan minggu ini
Katanya, kebanyakan trak bantuan masih berada di Kerem Shalom di sempadan - sudah diperiksa, tetapi belum masuk ke Gaza.

Malaysia sambut baik kenyataan 23 negara penderma berhubung Gaza
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, pendekatan kolektif ini adalah langkah penting bagi menarik perhatian semula terhadap bencana kemanusiaan terburuk dalam sejarah moden dunia.

Israel serang gudang bekalan perubatan di Gaza, cetus kebakaran besar
Serangan ke atas gudang bekalan perubatan menyebabkan kebakaran besar dan mengancam pengagihan bantuan serta keselamatan petugas kemanusiaan.

Gaza sangat perlukan bantuan. Berapa banyak trak telah dibenar masuk oleh Israel?
Israel hanya membenarkan sedikit bantuan masuk sebagai "helah untuk mengelakkan tuduhan mereka sengaja membiarkan rakyat Gaza kelaparan".

Tentera Israel akan kawal seluruh Gaza, 82 terkorban dalam serangan terbaharu
Netanyahu menyatakan bahawa kawalan penuh ke atas Gaza adalah perlu bagi memastikan keselamatan Israel dan menghapuskan ancaman daripada Hamas.

Itali desak Israel henti serangan ke atas Gaza, buka laluan bantuan kemanusiaan
Tajani menegaskan keperluan gencatan senjata dan pembebasan tebusan, serta memaklumkan bahawa 52 rakyat Palestin telah dipindahkan ke Jordan dan akan dibawa ke Itali untuk rawatan.

'Keji dan keterlaluan' - Menteri Luar Australia kecam tindakan Israel biar bayi kelaparan di Gaza
Wong menegaskan bahawa kerajaan Israel tidak boleh membiarkan penderitaan ini berterusan selepas amaran oleh Ketua Bantuan PBB.

Pakar PBB kecam serangan Israel ke atas sekolah di Gaza, Baitulmuqaddis
Hampir semua sekolah di Gaza rosak teruk akibat serangan sejak Oktober 2023, menyebabkan pendidikan terhenti lebih 19 bulan.

Tiada bantuan kemanusiaan disalurkan di Gaza setakat ini - PBB
Israel arah bekalan dipunggah di bahagian Palestin lintasan Kerem Shalom dan dimuat semula secara berasingan.