Skip to main content

Dunia

Israel dakwa bunuh Ali Larijani dalam serangan sasar pimpinan kanan Iran

Ali Larijani, former chairman of the parliament of Iran, speaks at a press conference after registering as a candidate for the presidential election at the Interior Ministry, in Tehran, Iran May 31, 2024. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency)
Ali Larijani (foto) dilaporkan kali terakhir muncul di khalayak umum pada Jumaat lalu ketika menghadiri perhimpunan Hari al-Quds bersama Presiden Masoud Pezeshkian di Tehran. -Gambar fail/Reuters

TEL AVIV: Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mendakwa Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Larijani, telah terbunuh dalam satu serangan menyasarkan kepimpinan kanan republik itu.

Pihak berkuasa Iran setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk mengesah atau menafikan dakwaan tersebut.

Ali Larijani, yang pernah mengetuai rundingan nuklear Iran dan merupakan bekas Speaker Parlimen, dilaporkan kali terakhir muncul di khalayak umum pada Jumaat lalu ketika menghadiri perhimpunan Hari al-Quds bersama Presiden Masoud Pezeshkian di Tehran.

Jika disahkan, kematian Ali Larijani akan menjadi pembunuhan berprofil tertinggi sejak serangan udara Amerika Syarikat–Israel yang mengorbankan bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada 28 Februari lalu.

Selain itu, tentera Israel melalui hantaran di platform X turut mendakwa telah menyingkirkan Komander Basij IRGC, Gholam Reza Soleimani, dalam serangan udara tepat di tengah-tengah bandar raya Tehran semalam.

Advertisement

 

 

Israel berkata operasi tersebut dijalankan berdasarkan risikan ketenteraan yang tepat bagi melumpuhkan rantaian kepimpinan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).

Situasi di rantau itu kini dilaporkan semakin tegang sementara dunia menantikan pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Iran berhubung status terkini pemimpin-pemimpin kanan mereka yang menjadi sasaran serangan berkenaan.

Must Watch Video