awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel dedah video lokasi serangan ke atas Yahya Sinwar

Agensi
Agensi
19/10/2024
02:45 MYT
Israel dedah video lokasi serangan ke atas Yahya Sinwar
Israel mendedahkan satu rakaman video memaparkan serangan kereta kebal ke atas sebuah bangunan yang menempatkan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar pada Jumaat.- Gambar Reuters
RAFAH: Israel mendedahkan satu rakaman video memaparkan serangan kereta kebal ke atas sebuah bangunan yang menempatkan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar pada Jumaat.
Angkatan Pertahanan Israel mengesahkan bahawa Yahya Sinwar telah dibunuh pada Khamis selepas Israel menjalankan ujian DNA dan menggunakan rekod gigi untuk mengesahkan identitinya.
Dalam pada itu, tentera Israel juga mendedahkan satu lagi video pada Khamis di mana sebuah dron Israel mengesan lokasi pemimpin Hamas itu di balik runtuhan di sebuah bangunan di Rafah, Gaza Selatan.
Dalam video tersebut, Yahya Sinwar dilihat duduk di atas kerusi dipenuhi debu dan berada dalam keadaan terkulai.
Sementara itu, pembunuhan Yahya Sinwar, mendorong semula gesaan untuk membebaskan berpuluh-puluh warga Israel yang dijadikan tebusan oleh kumpulan pejuang Palestin di Gaza.
Ketika pemimpin dunia menggesa Hamas membebaskan tebusan, keluarga dan penyokong mereka menyuarakan keyakinan perkembangan terkini akan memberi nafas baharu kepada perbincangan mengenai pembebasan tebusan susulan perang sejak sejak 7 Oktober tahun lalu. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hamas
#Israel
#Yahya Sinwar
#Serangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan