awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel dilanda hujan lebat luar biasa

Agensi
Agensi
05/05/2025
23:10 MYT
Israel dilanda hujan lebat luar biasa
Beberapa kawasan di selatan Israel dilanda banjir pada Ahad susulan hujan lebat dan angin kencang yang mula mengganas pada sebelah petang.
TEL AVIV : Beberapa kawasan di selatan Israel dilanda banjir pada Ahad susulan hujan lebat dan angin kencang yang mula mengganas pada sebelah petang, memaksa pihak berkuasa menutup beberapa laluan utama termasuk pintu masuk ke bandar selatan Eilat.
Di Dimona, ribut petir turut membawa bersama ketulan hujan batu, menurut laporan tempatan.
Perkhidmatan Meteorologi Israel melaporkan, sehingga jam 4:30 petang, kawasan Kibbutz Samar menerima 34 milimeter hujan manakala Kibbutz Yotvata mencatatkan 17 milimeter.
Menurut akhbar Maariv, jumlah itu biasanya direkodkan dalam tempoh setahun.
Polis menggesa orang ramai agar tidak memasuki kawasan banjir serta mengelakkan daripada menyeberangi jalan raya, sungai atau kolam takungan yang dinaiki air kerana ia boleh mengancam nyawa.
Orang awam turut dinasihatkan supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke kawasan terjejas, dan bagi mereka yang merancang aktiviti luar, mereka diminta untuk merujuk sumber rasmi bagi maklumat cuaca terkini. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir Israel
#ribut petir
#laluan ditutup
#selatan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan