awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23

Bernama
Bernama
20/12/2024
08:20 MYT
Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23
Gencatan senjata yang rapuh berkuat kuasa sejak 27 November antara Israel dan Lubnan selepas beberapa bulan operasi ketenteraan. - Gambar/ Reuters
BEIRUT: Tentera Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan sebanyak enam kali pada hari ke-23, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) pada Khamis.
Sejak gencatan senjata diumumkan pada 27 November, jumlah pelanggaran oleh Israel telah meningkat kepada 259 dengan 31 orang terbunuh dan 37 lagi cedera dalam insiden itu.
Menurut NNA, tentera Israel merobohkan rumah di bandar Kafr Kila di selatan Lubnan, menyebabkan gegaran dirasai di seluruh kawasan itu.
Sebuah dron tentera Israel dilihat terbang di atas bandar Tyre, manakala tentera Israel menyasarkan bandar Alma al-Shaab berhampiran sempadan itu.
Rumah di kawasan Tayr Harfa juga dibom, dan jentolak tentera Israel merobohkan kediaman di bandar Naqoura.
Data daripada Kementerian Kesihatan Lubnan menunjukkan bahawa sejak serangan Israel ke atas negara itu bermula pada 8 Oktober 2023, sekurang-kurangnya 4,061 orang telah terkorban, termasuk 1,106 wanita dan kanak-kanak serta 222 pekerja kesihatan, manakala 16,661 yang lain cedera.
Gencatan senjata yang rapuh berkuat kuasa sejak 27 November antara Israel dan Lubnan selepas beberapa bulan operasi ketenteraan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#lubnan
#gencatan senjata
#israel langgar gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan